Skuad badminton Piala Sudirman negara meninggalkan Gold Coast, Australia dengan kegagalan melangkah ke saingan separuh akhir.
Seperti dua tahun lalu di Dongguan China, kali ini nasib Malaysia juga sama apabila ditewaskan oleh lawan yang ditemui dua kali di peringkat kumpulan dan juga suku akhir.
Mungkin ramai yang beranggapan Malaysia tidak mendapat tuah undian, tetapi hakikatnya pasukan Malaysia kali ini tidaklah mantap.
Piala Sudirman adalah antara kejohanan yang kurang diberi perhatian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak dahulu lagi. Malaysia mengetahui bahawa ia tidak memiliki barisan pemain wanita yang handal. Untuk memenangi kejohanan ini pula ada keseimbangan kekuatan antara pasukan lelaki dan wanita.
Dan di bahagian wanita ini, kelemahan Malaysia amat ketara. Perseorangan negara seperti Goh Jin Wei dan Soniia Cheah masih jauh daripada memberi cabaran kepada pasukan handal seperti Jepun, China, Korea, Thailand, India serta Taiwan. Begitu juga barisan beregu wanita Vivian Hoo / Woon Khe Wei yang berterusan bergelut dengan prestasi dan beregu kedua Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean juga belum diasah sepenuhnya bakat mereka.
Harapan Malaysia hanya diletakkan kepada perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei. Selain itu masalah prestasi yang dialami beregu lelaki Tan Wee Kiong / Goh V Shem juga menyumbang kepada aksi kurang memberangsangkan di Gold Coast.
Cuma pasukan negara boleh berasa lega dengan kehadian beregu campuran Tan Kian Meng / Lai Pei Jing yang membuktikan mereka bersedia mengambilalih tempat Chan Peng Soon / Goh Liu selaku beregu campuran nombor satu negara.
Adalah penting, buat pihak kejurulatihan melakukan bedah siasat mengenai prestasi pemain negara di Piala Sudirman ini dan mengambil langkah yang berkesan serta pantas bagi memastikan prestasi pemain negara tidak terus ketinggalan ataupun mengalami kemerosotan.
Tahun hadapan Malaysia akan bersaing dalam pusingan kelayakan Piala Thomas serta Uber dan dua kejohanan bertemasya yang penting iaitu Sukan Komanwel di Gold Coast dan Sukan Asia di Jakarta & Palembang.
Seandainya prestasi seperti ini dibawa kepada tahun hadapan, maka Malaysia sudah boleh melupakan hasrat mencatat kejayaan cemerlang di kejohanan terbabit.
Perancangan hendaklah bermula dari sekarang. BAM perlulah mempunyai pelan induk jangka masa panjang untuk menghadapi kejohanan-kejohanan berpasukan seperti ini.
Masanya juga sudah tiba untuk BAM dan barisan kejurulatihan mengambil tindakan yang berani sejajar dengan kepentingan dan keperluan badminton negara.