Gara-gara jari-jemari nakal ataupun buta sejarah, ada yang melabel Piala Malaysia satu saingan “level sampah” di Malaysia.
Usah hairan jika ada yang bersetuju kerana di sebalik rambut yang sama hitam, ada hati yang berlain-lain mengikut kepentingan masing-masing.
Anehnya, frasa sedemikian termuat dalam Wikipedia Bahasa Melayu, yang menjadi rujukan ramai.
“Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak level sampah di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia,” demikian perenggan pembukaan laman berkenaan memaparkan.

Tanyalah kepada ketua jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim, yang menanggung sesal bukan kepalang apabila pasukannya disingkirkan T-Team dalam separuh akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka yang semakin terhakis kekebalannya Sabtu lalu – kekalahan ketiga mereka di padang sintetik stadium itu musim ini.
Tanya juga kepada Tan Cheng Hoe, jurulatih Kedah yang masih merawat luka kekalahan final musim lalu untuk mereka lebih bersemangat kekal di atas landasan terbaik ke detik kemuncak musim ini, apabila mengirim pulang Negeri Sembilan dengan kemenangan 5-0.
Apakah kedua-dua jurulatih berpengalaman ini bersetuju bahawa Piala Malaysia boleh “disampahkan” setelah kesebelasan masing-masing bermati-matian untuk sampai ke peringkat separuh akhir kini?
Jawapan mereka harus sedia kita ketahui melainkan ada yang berharap baik Irfan Bakti mahupun Cheng Hoe menampilkan jawapan yang sama-sekali berbeza.
Atau sekadar hendak memuaskan hati, tanyalah juga kepada bekas jurulatih kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan, yang baru setahun jagung berkelana membimbing T-Team.
Tidak pernah terpacul dari mulut Rachmad – yang semakin petah bahasa Melayunya tanpa banyak loghat Indonesia yang tebal – memperkecilkan saingan bola sepak tertua di Malaysia ini yang diakui ramai keajaiban dan nilai sejarahnya.
Barangkali sampahlah tahap Piala Malaysia ini kerana dua pasukan bertaraf kelab, PDRM selain T-Team, dapat turut meloloskan diri ke separuh akhir.
Jika kedua-dua kelab ini sampah, pasukan lain bagaimana?
Namun, ketua jurulatih PDRM, Fauzi Pilus, akan lebih daripada bersedia untuk menyanggah tanggapan itu kerana pasukan yang disingkirkan mereka, Kelantan, juga bukan calang-calang.
Piala Malaysia yang memasuki edisi ke-49 tahun ini – 95 tahun jika dikira dari Piala HMS Malaya diperkenalkan pada 1921 – kekal sebagai simbol teragung bola sepak negara ini di sebalik kehadiran liga dan Piala FA.
Lantaran itu juga, pasukan yang mampu mengungguli ketiga-tiga trofi dalam musim yang sama – Selangor, Kedah dan Kelantan kekal dicemburui – dijulang selaku yang terbaik kerana ia memerlukan tahap konsisten yang tinggi.
Sebelum ini, sudah ada juga ura-ura Piala Malaysia hendak dikorbankan bagi memberi lebih prestij kepada liga dan Piala FA.
Mujurlah ia belum berlaku sehingga kini pada ketika magis Piala Malaysia belum menunjukkan tanda-tanda sudah terhakis sambil ia berbaki empat pasukan – juara bertahan, Selangor, Kedah, PDRM, dan T-Team – mencongak peluang untuk diangkat selaku juara pada 29 Oktober nanti.