Kehilangan ahli keluarga tersayang adalah episod menyedihkan, namun aura Piala Dunia Russia menawarkan sesuatu yang istimewa buat seorang peminat.
Seorang warga Mexico, Gilberto Martinez, kehilangan isteri dan dua anak, termasuk abang iparnya, susulan kemalangan. Mereka sepatutnya menikmati kerancakan temasya Russia 2018, namun tragedi di pantai Delray, Amerika Syarikat, meragut nyawa mereka.
April lalu, Veronica Raschiotto, 42, yang dilahirkan di Argentina serta dua anak mereka, Diego Martinez Raschiotto, 8, dan Mia Martinez Raschiotto, 6, serta abang kepada Veronica, Jorge Claudio Raschiotto, 50, yang merupakan warga Argentina, terbabit dalam kemalangan maut semasa dalam percutian bersama keluarga.
Pada hari berkenaan, Martinez tidak mengikutinya rombongan itu kerana memutuskan untuk meluangkan masa bersama mentuanya serta tiga adik beradiknya yang lain.
Berita itu mendapat liputan meluas media kerana Gilberto dan Veronica merupakan penyokong tegar Argentina dan Mexico.
Mereka telah menghadiri lima temasya paling berpretij itu dan sudah merancang percutian untuk menikmati kehangatan sambutan di Russia.

Dalam temubual bersama outlet Clarin.com yang berpangkalan Buenos Aires, beliau mendedahkan pakar psikologi telah menyarankannya untuk menunaikan hajat keluarga bahagia itu dengan memenuhi impian keempat-empat mereka.
Martinez berusaha untuk menukar slot itu dengan mengajak rakan-rakan untuk menemaninya di Russia, namun permintaannya sukar dipenuhi oleh syarikat penerbangan dan hotel.
Tiada satu pun perancangan asal diubah, termasuk memenuhi permintaan anaknya untuk aksi Neymar di depan mata sendiri membabitkan aksi Brazil menentang Costa Rica.
Dia menyarung baju Mexico dan Argentina berserta dengan tulisan, '“Vero, Diego, Mia, sentiasa bersama saya.”
Tragedi itu turut mendapat perhatian daripada Neymar, Carles Puyol dan penjaga gawang Mexico, Guillermo Ochoa, yang memberi kata-kata semangat.