Skip to main content

Rencana

Physical Asia: Reality TV baru di Netflix dan di manakah Malaysia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jaguh-rakan-muda.jpg
Selepas kejayaan besar Physical: 100, Netflix kini muncul dengan versi lebih besar --  Physical Asia, sebuah siri realiti pertandingan fizikal yang menghimpunkan atlet dari Asia yang bermula sejak 28 Oktober lalu dengan 12 episod dihasilkan sepenuhnya di Korea Selatan.

Formatnya sama seperti siri asal: cabaran fizikal yang ekstrem, eliminasi satu demi satu, dan hanya satu pasukan yang akan bawa pulang hadiah ₩1 bilion (lebih kurang RM2.7 juta). Tetapi kali ini, peserta tidak bertanding secara individu, mereka beraksi sebagai wakil pasukan negara. Sangat menarik kan?

 


Apabila saya mendengar tentang realiti TV ini, di fikiran sudah terbayang beberapa atlet /selebriti kecergasan dari Malaysia yang akan mengambil bahagian tetapi sayangnya, nama Malaysia langsung tiada dalam radar. 8 negara yang terlibat adalah – Korea Selatan, Jepun, Thailand, Indonesia, Filipina, Mongolia, Turkiye dan Australia.

Jadi persoalannya-- Di manakah Malaysia dan kenapa kita tidak bertanding? Selepas melakaukan sedikit research, beberapa sebabnya adalah:

1. Tiada panggilan rasmi atau casting untuk Malaysia dari Netflix.

2. Penerbit tidak memilih Malaysia dalam lapan negara utama.

3. Bukan hanya memilih berdasarkan “siapa yang terkuat” tetapi Netflix mahukan individu yang ada fanbase besar, identiti budaya jelas dan atlet yang dikenali di peringkat global.

4. Negara serantau seperti Indonesia Thailand dan Filipina dipiliha kerana mereka sangat aktif dalam game show dan sukan tempur, juga ramau atlet mereka sudah popular di platform global seperti ONE Championship, UFC dan Ninja Warrior.

 

Agak terkilan tetapi kita harus terima dengan hati terbuka yang industri Reality Sports Entertainment Malaysia masih kecil berbanding negara jiran.

Kita baru saja ingin memulakan program seperti ini contohnya, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, baru saja membuat pengumuman mengani program JAGUH RAKAN MUDA, rancangan realiti belia terbesar di Malaysia yang bakal berlangsung hasil inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Walaupun jurang atlet kita dengan negara jiran daripada segi komersial masih lagi besar kerana jarang dipromosikan sebagai personaliti hiburan global, tetapi program seperti ini mungkin bakal menjadi titik tolak kepada ramai lagi atlet yang akan membuka mata tentang fasa baru sports entertainment yang kini sedang menjadi ‘trend’ di seluruh dunia.


 
Puma

PUMA SALE: Up to 50% Off

Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!


Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video