Musim ini, penulis berkesempatan menyaksikan dua aksi Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam yang berakhir dengan kekalahan (0-4 kepada PKNS dan 2-4 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Memang ketika ini, ramai peminat setia Selangor sudah mula menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pengendali Red Giants, B Sathianathan di laman sosial.
Namun, bagi penulis, jika pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menggantikan Sathianathan dengan jurulatih lain sekalipun, apakah ia menjamin peningkatan segera?
Jelas sekali tidak dan kerana itu penulis mengambil pendekatan berbeza dengan mencadangkan formasi dan kesebelasan utama buat skuad Selangor dengan ramuan sedia ada.
Memang penulis tidak mempunyai sebarang sijil kejurulatihan, tetapi cadangan penulis adalah berlandaskan pengalaman sebagai wartawan bola sepak selama lebih sedekad.
Dalam lima aksi terkini Selangor, Sathianathan tampak menggunakan formasi 4-3-3.
Penulis ingin mencadangkan penggunaan taktikal formasi 4-2-3-1 buat Selangor bermula aksi berdepan Kuala Lumpur pada 10 Mac ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Dengan prestasi Khairul Azhan Khalid tampak kurang konsisten selaku benteng akhir, mungkin wajar dia direhatkan seketika dan peluang diberi kepada Farizal Harun.
Empat pemain pertahanan pilihan penulis ialah, Fandi Othman (bek kiri), Taylor Regan, Michal Nguyen (bek tengah) dan Syahmi Safari (bek kanan).
Di bahagian tengah, penulis ingin memcadangkan gandingan Endrick Dos Santos (box to box midfielder) bersama Abdul Latif Suhaimi selaku pemain tengah pertahanan.
Tiga pemain tengah menyerang pula menyaksikan gandingan Nurridzuan Abu Hassan (right wing midfield), Sandro Da Silva (left wing midfield) dan Amri Yahyah selaku pemain tengah menyerang membantu Rufino Sergovia selaku penggempur utama.
Meskipun Nurridzuan seorang pemain kidal, penulis berasa dia berupaya beraksi di sebelah sayap kanan untuk beraksi baik di posisi ini.
Penulis mencadangkan untuk kekalkan gandingan Regan-Nguyen selaku bek tengah kerana penulis tidak nampak pemain tempatan lain dalam skuad kali ini mampu mengisi posisi tersebut.
Penulis juga masih percaya, Amri masih mampu mengerah kudratnya selaku pemain tengah menyerang meskipun sudah berusia 38 tahun.
Pemain-pemain lain seperti Sean Selvaraj, Syazwan Zainon, Khyril Muhymeen Zambri dan Faiz Nasir juga mampu dimasukkan sebagai pemain gantian impak di babak kedua.
Namun, penggunaan formasi apa sekalipun menuntut pemain untuk kekal berdisiplin sepanjang 90 minit untuk menjayakan perancangan taktikal seorang jurulatih.
Dan seperti yang penulis tekankan, penulis tidak mempunyai sijil kejurulatihan dan cadangan kesebelasan utama serta formasi ini hanya berlandaskan pengalaman sebagai pengamal media.
Satianathan sebagai seorang pengendali yang cukup berpengalaman,sudah pasti beliau lebih arif mengenai keberkesanan pemain dan formasi yang sesuai digunakannya.
Penulis juga masih yakin dengan kemampuan bekas pengendali kebangsaan itu tetapi berharap, beliau akan segera menemui ramuan berkesan bagi menjana kebangkitan Selangor.