Skip to main content

Rencana

Perlu lebih kerja keras

ong-kim-swee-030617.jpg
Dengan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan membuka tirai lebih kurang dua bulan lagi, skuad bola sepak bawah 22 (B-22) tahun negara pastinya berasa tekanan hebat untuk menggapai ibu segala pingat, iaitu dalam acara bola sepak.

Persiapan untuk persediaan sepak mula telah pun dirancang dan kini Datuk Ong Kim Swee (OKS) dan anak-anak buahnya kini berada di China dalam siri jelajah sebagai aksi pemanas badan menghadapi Sukan SEA nanti. 

Ujian pertama menentang skuad bawah 22 China menyaksikan Malaysia tumbang 0 – 1. Seterusnya dalam perlawanan kedua, skuad negara terikat seri 2-2 dengan skuad simpanan Guangzhou R&F FC.

Bagi penulis, apa yang perlu diutamakan adalah pendedahan kepada barisan pemain muda negara kepada perlawanan di peringkat tertinggi. 

Tewas 1-0 di tangan skuad belia China bukanlah sesuatu yang begitu mengecewakan. Terikat 2-2 dengan Guangzhou R&F FC juga memperlihatkan kebangkitan skuad belia negara untuk kembali melawan mengikat kedudukan selepas ketinggalan 2–0.

Dikhabarkan Datuk OKS menggunakan pemain yang berbeza dalam kedua-dua perlawanan, dan penulis percaya yang skuad B-22 negara berada di landasan tepat dalam persiapan menjelang sepak mula Sukan SEA nanti.


Dilaporkan juga tonggak utama seperti Safawi Rashid, Syafiq Ahmad dan Adam Nor Azlin turut mempamerkan prestasi yang memuaskan pihak kejurulatihan,

Selepas ini skuad B-22 negara akan bertemu Guangzhou Evergrande untuk perlawanan terkahir di China dan seterusnya beraksi dalam Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 bertemu Indonesia, Thailand dan Mongolia. 

Penulis berharap agar Datuk OKS mampu sekali lagi menghadiahkan pingat emas dalam acara bola sepak, mengulangi sejarah di bumi Jakarta pada 2011.

Advertisement

Must Watch Video