Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, kini sekali lagi dicanang sebagai ayam tambatan baru negara di peringkat antarabangsa selepas cemerlang meraih dua gol dalam aksi Kumpulan B Kejohanan AFF Bawah 18 tahun berdepan Australia, Selasa lalu.
Penulis tidak nafikan pemain kelahiran Kelantan ini memiliki kepantasan, kemahiran bola serta naluri penjaring gol ketika beraksi yang membolehkan dia memiliki pakej lengkap selaku penggempur.
Jika ada kelemahan dalam corak permainannya, mungkin hanya aspek fizikal tetapi dengan usia masih 17 tahun, Luqman memiliki masa untuk terus berusaha memperbaiki seta meningkatkan lagi fizikalnya.
Penjaring terbanyak saingan AFC Bawah 16 tahun lalu ini memiliki masa depan yang cerah dan penulis amat berharap dia akan terus berusaha keras untuk mencapai potensi yang dimilikinya.
Bagi penulis,perjalanan karier Luqman masih jauh dan dia tidak perlu diberikan tekanan melampau yang dikhuatiri akan hanya memberi kesan terhadapnya.
Sebelum ini sudah ramai penyerang muda yang berpotensi ketika di saingan peringkat bawah umur namun, prestasi mereka statik atau terus merudum sebaik melangkah ke peringkat senior.
A. Thamil Arasu dan Izzaq Faris Ramlan adalah antara penyerang yang gagal mencapai potensi apabila melangkah ke peringkat senior.
Kerana itu penulis amat berharap, Luqman tidak akan mengikut skrip sama dalam perjalanan kariernya.
Luqman sebelum ini turut dilaporkan akan menjalani ujian pemilihan dengan enam pemain bawah 19 tahun negara lain bersama kelab Liga J, Cerezo Osaka selepas saingan AFF Bawah 18 tahun dan penulis berharap dia mampu meraih kontrak dengan kelab itu.
Sudah pasti ia bukan mudah namun tiada yang mustahil untuk pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini meyakinkan barisan kejurulatihan Cerezo, berlandaskan aksi konsistennya di saingan AFF kini.
Bagi penulis, Luqman antara pemain dalam skuad bawah 19 tahun negara kini yang mungkin wajar dipertimbangka ke skuad Bawah 23 tahun ke saingan Sukan Sea 2019 di Filipina November depan.
Jika tidak sebagai pemain utama, selaku pemain gantian di bangku pemain simpanan juga mencukupi buat pemain muda ini meraih pengalaman bersaing dengan abang-abang yang lebih senior dalam skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.
Buat Luqman, teruskan usaha anda, sentiasa kekal fokus serta sentiasa berpijak di bumi nyata kerana perjalanan anda masih jauh untuk mencapai status pemain elit di peringkat senior.