Rentetan kejayaan memenangi Piala Malaysia 2018, pasukan Perak awal-awal lagi dicanang sebagai antara pencabar utama kejuaraan Liga Super 2019.
Persefahaman dalam kalangan pemain yang sudah dibentuk sejak kehadiran pengendali, Mehmet Durakovic, pada 2017 dilihat sebagai kelebihan dan kekuatan kepada skuad The Bos Gaurus untuk tampil lebih garang musim ini.
Apatah lagi, mereka diperkuatkan penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri Md Fauzi yang segar daripada menimba ilmu di Thailand bersama kelab liga satu negara itu, Nakhon Ratchasima pada musim lalu.
Pun begitu, persembahan anak buah Durakovic serba tidak menjadi di awal saingan apabila terpaksa menunggu perlawanan kelima untuk merakam kemenangan sulung musim ini.
Terdahulu, mereka sekadar mencatat tiga keputusan seri dan satu kekalahan iaitu dalam perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di tempat lawan.
Aksi mereka bukanlah buruk berbanding beberapa pasukan lain, namun dilihat masih terdapat kelemahan yang ketara dalam beberapa aspek antaranya ketumpulan penyudah.
Empat gol daripada lima perlawanan jelas menunjukkan prestasi pasukan ini tidak seiring dengan reputasi mereka selaku pasukan handalan Liga Malaysia 2019.
Malah, dalam pertemuan menentang PJ City FC pada Sabtu, mereka hanya mampu melakar kemenangan dengan bantuan sepakan penalti sekali gus menyerlahkan masalah jentera serangan.
Masalah ini dilihat berpunca daripada kegagalan penyerang mereka menemui sentuhan masing-masing seperti Gilmar Da Silva, Wander Luiz dan Shahrel yang mesra disapa Eky.
Tatkala Eky baru pulih daripada kecederaan, Gilmar pula berada di bawah tahap keupayaan sebenar apabila sekadar meledak satu gol itupun menerusi sepakan penalti.
Justeru, tempoh rehat dua minggu ini harus dimanfaatkan Durakovic untuk memperbaiki segala kelemahan terutama ketumpulan penyudah agar mereka kembali digeruni sekaligus menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Super 2019.
Bagaimanapun, Durakovic menafikan pasukannya mengalami krisis ketumpulan penyudah walaupun mereka bergelut untuk menewaskan PJ City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh semalam.