Skip to main content

Rencana

Pengurusan Felda ambil langkah ke belakang

felda-united.jpg
Kegagalan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke peringkat separuh akhir buat kali kedua berturut-turut dalam saingan Piala AFC sungguh mengembirakan ramai peminat tempatan, terutama "haters" yang tidak begitu gemar dengan apa yang dimiliki JDT. 

Namun, ramai juga yang berasa berbangga dengan pencapaian pasukan JDT sebagaimana pemerhati-pemerhati bola sepak Astro Arena kerana pencapaian skuad Harimau Selatan itu sudah mengharumkan nama negara di peringkat Asia. 

Bukan mudah untuk sesebuah kelab di Malaysia ini untuk mencapai apa yang dicapai oleh JDT dalam saingan Piala AFC. 

Dengan perancangan dan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan dengan membawa jurulatih-jurulatih serta pemain import berkualiti untuk membantu pemain tempatan.

Publisiti serta jenama JDT yang begitu kukuh di rantau Asia telah membuka mata ramai pihak, terutama pencinta-pencinta bola sepak dunia. 

Kita juga dapat lihat bagaimana kebijaksaanaan dan kefahaman pemimpin-pemimpin mereka dalam mengekalkan jenama JDT itu sendiri setelah JDT mencapai pelbagai kejayaan di peringkat tempatan atau antarabangsa.

Ini perlu dipelajari dan diikuti oleh kelab-kelab tempatan atau pun persatuan kerana jenama yang begitu kuat serta publisiti di atas kejayaan serta pencapaian JDT itu akan memudahkan kerja-kerja bahagian pemasaran untuk mendapatkan penaja.

Bagi kelab-kelab tempatan yang telah layak ke peringkat teringgi, terutama pasukan Felda United FC, perlu bijak mengunakan pentas Piala Asia dalam menjenamakan kelab Felda United itu sendiri. 

Sebagaimana yang kita tahu, Felda United ini telah diangkat jenamanya begitu tinggi oleh bekas jurulatih mereka, Irfan Bakti Abu Salim.

Apabila Irfan mengambil keputusan meninggalkan Felda United, sepatutnya pengurusan teringgi kelab perlu bijak bagaimana ingin mengekalkan jenama dan terus mengangkat serta menjulang nama Felda United di peringkat Asia. 

Bukan berfikir ke belakang sebagaimana keputusan yang telah dibuat dengan melantik jurulatih yang tidak punyai pengalaman yang luas serta tidak mempunyai pencapaian membanggakan. 

Belajarlah daripada JDT yang bijak mengurus jenamanya kerana JDT tahu bagaimana untuk mengekalkan jenama dan nilai komersial supaya mudah untuk mendapatkan penaja kerana JDT tidak mengharapkan duit subsidi.

Advertisement

Must Watch Video