Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Risto Vidakovic, mengakui Johor Darul Ta'zim (JDT) berada di tahap berbeza dan peluang pasukannya untuk bangkit dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Iskandar Puteri pada Selasa ini hampir mustahil.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Cheras malam tadi, The City Boys tewas mudah 0-4, di mana jurang kualiti di antara kedua-dua pasukan itu jelas kelihatan.
Advertisement
"Saya fikir mereka satu tahap lebih tinggi di atas kami dan pasukan lain dalam Liga Malaysia," kata Vidakovic selepas perlawanan itu.
"Mereka terlalu kuat. Kami telah mencuba yang terbaik dan menunjukkan bola sepak yang baik dia ia satu perlawanan yang cukup menarik.
"Tetapi saya fikir kami masih belum berada di tahap mereka.
"Saya fikir kami perlu menumpukan pada perlawanan liga kerana kejohanan Piala (Malaysia) ini sudah berakhir buat kami.
"Sudah pasti kami masih perlu bermain di sana (Iskandar Puteri) dan mencuba untuk bertahan tetapi saya fikir kami perlu fokus kepada perlawanan liga."