Lee Zii Jia, pemain berusia 19 tahun dari Alor Setar, Kedah dilihat sebagai penyambung legasi Datuk Lee Chong Wei.
Pada usia 35 tahun, Chong Wei yang merupakan pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik sudah lama berada di takhta teratas sukan badminton Malaysia dan bersedia memyerahkan baton kepada pemain muda.
Ramai yang cuba mengambil-alih tanggungjawab Chong Wei sebagai pemain nombor satu perseorangan lelaki negara, antaranya Liew Daren, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain dan Zulfadli Zulkifli, namun kurang berjaya disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya bakat, kekuatan mental serta fizikal, disiplin, komitmen dan paling penting tahap profesionalisme di dalam dan di luar gelanggang.
Kemunculan Zii Jia mencuri tumpuan apabila beraksi cemerlang di Kejohanan Berpasukan Asia 2018 di tempat kelahirannya, Alor Setar, dan membantu skuad lelaki negara mara ke separuh akhir, sekaligus layak secara merit ke pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok, Mei nanti.
Walaupun tewas kepada Shi Yuqi ketika bertemu China di separuh akhir, Zii Jia memenangi kesemua aksi di peringkat kumpulan, termasuk mengejutkan pemain Hong Kong, Vincent Wong, yang berada di kedudukan ke-14 dunia.
Status pemain nombor dua negara dipegang Zii Jia yang konsisten pada tahun lalu selepas menjuarai Terbuka Antarabangsa Poland 2017 serta pingat perak bersama skuad lelaki negara di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, kini dia berada di nombor 47 dunia juga datang dengan harapan dan bebanan untuk terus menyinar sebelum mengambil-alih tempat Lee Chong Wei.
Chong Wei yang akan ke Birmingham pada bulan depan untuk mempertahankan kejuaraan Seluruh England pasti akan bersara tidak lama lagi, mengharapkan Zii Jia tidak besar kepala dan terus bekerja keras kerana cabaran besar di luar sana sentiasa menanti
Bukan mudah buat seseorang pemain untuk mengambil tempat Chong Wei jika belum bersedia.
Namun terkini, Lee Zii Jia merupakan potensi terbaik meneruskan legasi itu.