Skip to main content

Rencana

Penamat kisah dongeng Leicester?

leicester-city-1-west-ham-0-slimani-ensures-struggling-champions-end-2016-on-a-high.jpg

Pada hari terakhir saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/2016, seluruh skuad Leicester City gah menjulang piala kejuaraan.

Satu penamat yang cukup indah buat pasukan yang diberi gelaran The Foxes ini apatah lagi tiada siapa dapat menjangka mereka mampu mencipta kejayaan sedemikian rupa.

Benar, mempertahankan gelaran lebih sukar daripada memenanginya dan jangkaan untuk menyaksikan Leicester bersaing hebat musim ini tidak jadi menjadi kenyataan.

Meskipun masih bersaing dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, skuad kendalian Claudio Ranieri tenggelam di saingan domestik.

Nama-nama seperti Riyad Mahrez serta Jamie Vardy dibayangi dengan kecemerlangan mereka musim lalu manakala kehilangan N'Golo Kante ke Chelsea turut dirasai bahagian tengah pasukan itu.

Sudah pasti, kegagalan Leicester untuk pertahankan gelaran malah berdepan perjuangan untuk elak daripada zon penyingkiran EPL menjadi penamat yang tidak mahu disaksikan penyokong setia pasukan itu.

Berbaki kurang daripada 14 perlawanan, Ranieri serta anak-anak buahnya perlu perbaiki segala kelemahan bagi pastikan mereka sekurang-kurangnya kekal dalam liga utama ini musim hadapan.

Kejayaan Leicester merupakan satu kisah dongeng yang sukar untuk dilupakan mahupun diulangi oleh pasukan-pasukan lain tetapi ia tidak seharusnya berakhir dengan kekecewaan iaitu tersingkir ke divisyen bawahan.

Pasti kekecewaan itu lebih sukar untuk diterima peminat The Foxes.

 

Advertisement

Must Watch Video