Skip to main content

Rencana

Pemain import terus jadi sandaran

241216-ilija-spasojevic.jpg
Liga Super 2017 akan membuka tirai tidak lama lagi dan kini kesemua pasukan yang bertanding dilihat sedang giat memancing pemain import bagi melengkapkan senarai kuota mereka.

Bagi skuad Melaka kendalian Eric Williams, mereka antara pasukan terawal melengkapkan senarai pemain import apabila berjaya mengikat 3 pemain import baru, Omid Nazari, Godwin Antwi dan Sergio Aguero selain mengekalkan ketua pasukan Ilija Spasojevic.Turut sama mengikut jejak langkah Melaka ialah Pulau Pinang yang telah pun melengkapkan senarai pemain import yang diisi Nigel Dabinyaba, Andy Rusell, Diogo Ferreira selain mengekalkan Reinaldo Lobo untuk mengharungi saingan liga super musim ini.

Ada juga pasukan yang terus mengekalkan khidmat pemain import mereka serta kembali mengikat bekas pemain import terdahulu. Pasukan Selangor terus bergantung kepada khidmat Andik Vermansyah dan Ugo Ukah selain kembali mengikat Forkey Doe yang beraksi buat Felda United musim lalu. PKNS FC turut mengekalkan 2 tonggak utama mereka, Gonzalo Soto dan Matias Jadue selain turut kembali mengikat kontrak bersama Patrick Ronaldinho.

Skrip sama buat Kelantan yang mengekalkan khidmat Gomis selain kembali mengikat Mohamad Ghaddar serta menambah 2 muka baru Okiki Afolobi dan Cedric Djeugoue. Di utara tanah air, Kedah berjaya mengikat Ken Ilso selaku tonggak baru dan mengekalkan Liridon Krasniqi dan Sandro yang masih berkhidmat buat mereka sehingga kini.

Namun yang paling mencuri tumpuan tentunya pengganti Diza-Lucero untuk pasukan JDT. Kehadiran pemain baru Gonzalo Cabrera dan Brian Ferreira tentunya akan menjadi tumpuan utama pada saingan pembukaan liga. Pasukan-pasukan lain seperti Perak danT-team juga dilihat rancak dalam mengisi kuota pemain import mereka.

Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa saingan tahun 2017 ini akan terus menyaksikan banyak pemain-pemain import akan terus menjadi bintang dan sandaran utama setiap pasukan, Diharapkan situasi ini akan dilihat sebagai persaingan sihat kepada pemain tempatan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
 

Advertisement

Must Watch Video