Dengan saingan liga di Eropah akan membuka tirai Ogos nanti, ruang masa yang ada kini merupakan masa terbaik buat pengurus-pengurus setiap pasukan memancing dan mendapatkan pemain yang bersesuaian bagi memperkuatkan pasukan untuk musim hadapan.
AS Monaco yang beraksi sangat cemerlang musim lalu pastinya sibuk dengan urusan perpindahan pemain apabila ramai bintang-bintang muda dalam skuad Monaco yang menjadi tumpuan pasukan besar.
Paling mencuri tumpuan sudah pasti Kylian Mmbappe dan Tiemoue Bakayako yang menjadi buruan Real Madrid dan Chelsea.
Di Sepanyol pula, Antoine Griezmann telah memeterai kontrak lima tahun bersama Atletico Madrid sekaligus mematikan peluang Manchester United namun Alvaro Morata yang tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Los Blancos dikhabarkan sedang melakukan rundingan dengan The Red Devils.
Serie A pula menyaksikan Gianluigi Donnarumma yang tidak mahu menandatangani kontrak bersama Milan lalu membuka ruang kepada Real Madrid untuk berusaha memancing pemain muda tersebut selepas cubaan mendapatkan David De Gea masih belum berhasil.
Dani Alves pula dikhabarkan mahu kembali bekerjasama dengan Pep Guardiola sehingga terbit spekulasi bahawa beliau akan ke Manchester City.
Pasukan di Liga Perdana Inggeris juga turut terpalit dengan spekulasi.
Juara bertahan, Chelsea, dalam usaha mendapatkan penyerang baru dengan Romero Lukaku dan Patrick Aubameyang menjadi sasaran utama selain Conte turut mahukan Leonardo Bonucci dan Jerome Boateng di benteng pertahanan.
Nemanja Matic pula dikhabarkan mahu kembali bersama Jose Mourinho.
Tonggak Arsenal, Alex Oxlade Chamberlain pula dikatakan cuba dipancing oleh Liverpool dan Manchester City. Namun apa yang mencuri tumpuan Dayang tentunya keadaan Chris Smalling yang bakal dijual oleh Jose Mounrinho selepas tidak mempamerkan prestasi cemerlang di benteng pertahanan.
Dayang menjangkakan jendela perpindahan musim ini akan banyak kejutan saat akhir seperti yang biasa berlaku setiap tahun.
Adakah akan ada rekod baru pemain termahal dunia musim ini? Sama-sama kita nantikan.