Meskipun gagal menempatkan diri dalam kedudukan podium pada Grand Prix (GP) Mexico, tempat kesembilan yang diraih pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton, sudah memadai untuk dirinya bergelar juara dunia saingan Formula One (F1) musim 2017.
Ia berikutan kegagalan pencabar terdekatnya, Sebastian Vettel, daripada pasukan Ferrari untuk peroleh mata maksimum berikutan pendahuluan yang cukup selesa dimiliki Hamilton yang telahpun meraih sembilan kemenangan daripada 18 perlumbaan setakat ini.
Berbaki dua lagi perlumbaan iaitu GP Brazil serta Abu Dhabi, Hamilton pastinya tidak akan berpuas hati setakat ini kerana ada lagi rekod yang mahu dipecahkannya.
Antaranya rekod 91 kemenangan yang dilakukan oleh Michael Schumacher yang setakat ini masih belum dapat dicabar mana-mana pemandu.
Dan hanya Hamilton berada dalam posisi terbaik untuk mengatasi rekod berkenaan kerana ketika ini, dia berada dalam kedudukan kedua senarai jumlah kemenangan dengan 62 trofi perlumbaan sudah menjadi miliknya.
Keyakinan Hamilton sudah pasti terus membara selepas dia sudahpun mengatasi satu lagi rekod Schumacher iaitu petak hadapan terbanyak dalam karier dengan 72 diraih setakat ini berbanding 68 yang dilakukan pemandu legenda Jerman itu.
Selain itu, Hamilton juga telah menyamai rekod Schumacher dengan 40 kemenangan daripada permulaan petak hadapan dan sudah pasti angka itu akan terus bertambah selagi dia mempunyai jentera yang dapat bersaing dengan pencabar yang lain.
Sepanjang lima musim dia bersama pasukan Mercedes, Hamilton sudah meraih 40 kemenangan.
Kejayaan Hamilton ini menjadikannya pemandu Britain terbaik dalam sejarah apabila melepasi rekod tiga kejuaraan yang dimenangi Sir Jackie Stewart manakala hanya Schumacher merupakan pemandu tunggal untuk meraih gelaran juara dunia terbanyak iaitu 7 kali dan pencapaian itu sudah pasti menjadi antara sasaran seterusnya buat Hamilton
Begitupun penulis jangkakan musim 2018 akan lebih sukar buat Hamilton kerana beberapa pelarasan baharu terhadap jentera selain kebangkitan semula Vettel di samping kemahiran pemandu muda Red Bull, Max Verstappen akan menambahkan lagi cabaran buat pemandu berusia 32 tahun itu.