Manchester City telah memenangi trofi pertama yang ditawarkan di England musim ini, mempertahankan kejuaraan Piala EFL yang dimenangi musim lalu dengan menewaskan Chelsea 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley.
The Citizens juga telah melangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas membenam Schalke 7-0 (10-3 secara agregat) dan diundi berdepan lawan tidak asing, Tottenham, sementara hanya ketinggalan dua mata di belakang Liverpool tetapi memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Walaupun Manchester United merupakan kelab Inggeris pertama memenangi gelaran EPL, UCL dan Piala FA pada tahun 1999, tiada kelab yang mampu menggondol keempat-empat gelaran yang dipertandingkan di England, dengan skuad bimbingan Pep Guardiola itu meletakkan ia sebagai sasaran musim ini, sekali gus mahu memahat satu lagi sejarah baru.
Mereka perlu berada pada tahap terbaik sehingga penghujung musim ini bagi merealisasikan impian itu dan staf kejurulatihan yang berkelas dunia berada di samping pasukan untuk mencapai satu lagi mercu tanda buat kelab itu.
City bukan sahaja dibarisi kesebelasan terbaik di Eropah tetapi mereka turut memiliki bangku simpanan yang berkualiti.
Pasukan yang memiliki pemain seperti Riyad Mahrez, Ilkay Gundogan, Leroy Sane, Gabriel Jesus, John Stones, dan Bernardo Silva itu tidak diberikan jaminan untuk kekal dalam skuad utama membuktikan persaingan dalam kalangan pemain bagi mencari yang terbaik sebelum turun beraksi.
Terdapat sekurang-kurangnya dua pemain berkualiti di setiap posisi dan situasi berkenaan menyukarkan Guardiola membuat keputusan untuk menurunkan kesebelasan terbaik.
Perbelanjaan besar yang telah dilakukan oleh kelab ini sejak dekad lalu telah mula memberikan hasil bukan sahaja daripada gelaran yang dimenangi tetapi kualiti pemain-pemain muda menerusi akademi pasukan -- antara yang menempah nama di Eropah menerusi akademi City adalah Jadon Sancho yang bersama Borussia Dortmund ketika ini.
Kualiti bangku simpanan merupakan antara faktor sesebuah kelab memenangi gelaran, dengan kehadiran pemain gantian dalam sesebuah perlawanan mampu mencipta impak yang dijangka.
Sejak Guardiola mula berkecimpung dalam bidang kejurulatihan pada 2008, dia sentiasa mencari jalan untuk menyerlah.
Sejarah dan Guardiola seperti satu elemen yang tidak boleh dipisahkan -- dia merangkul kesemua enam gelaran (sextuple) ketika memimpin Barcelona (Piala Super Sepanyol, Piala Super UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA, Copa del Rey, LaLiga, dan Liga Juara-Juara) -- sementara muncul pengendali termuda untuk memenangi UCL dan dia melakukan kesemua itu dalam musim pertamanya pada usia 39 tahun.
Sejak itu, dia terus meletakkan dirinya bukan sahaja sebagai salah seorang jurulatih terbaik dunia tetapi diangkat sebagai pakar taktikal yang memecahkan rekod demi rekod di Sepanyol, Jerman dan England.
Setakat ini, pengendali berusia 48 tahun itu telah memenangi 26 trofi bersama tiga kelab gergasi yang dipimpinnya.
Guardiola tidak memenangi gelaran UCL sejak 2011 dan bakal berdepan tekanan untuk sekali lagi melakukannya bersama City yang telah berbelanja sejumlah wang yang banyak bagi membentuk skuad yang terbaik.
Ramai yang beranggapan City tidak mampu untuk menjuarai UCL kerana kekurangan pengalaman di pentas itu. Bagaimanapun, kekurangan itu dapat diketepikan kerana mereka meletakkan kepercayaan terhadap Guardiola yang mampu memimpin pasukan untuk bergelar juara.
Musim lalu, City mendominasi EPL, berpesta jaringan dalam hampir setiap perlawanan dan meneruskannya pada permulaan kempen musim ini. Namun, mereka dihimpit masalah pada pertengahan Disember -- aksi mantap City yang mula diserap oleh pasukan-pasukan lawan.
Skuad bimbingan Guardiola itu gagal menamatkan sembilan perlawanan berturut-turut tanpa dibolosi manakala dikejutkan oleh Chelsea, Newcastle United dan Leicester City.
Namun, mereka bangkit ketika melakar kemenangan ke atas Arrsenal (3-1) dan Chelsea (6-0) sementara menyaksikan Schalke diratah tujuh jaringan tanpa balas dalam aksi timbal balik pusingan 16 UCL baru-baru ini.
Dalam saingan Piala FA musim ini, penyingkiran United di tangan Wolves meletakkan City sebagai pilihan untuk muncul juara, dengan gelaran Piala EFL sudah dalam genggaman, City akan cuba memanfaatkan kelebihan tersebut bagi mencapai sasaran mereka.
Persaingan takhta liga menyaksikan Liverpool satu-satunya pasukan yang mencabar mereka sambil gelaran Eropah merupakan halangan terbesar mereka untuk melengkapkan sasaran musim ini.
Kelab-kelab seperti Bayern Munich, Barcelona, Juventus, Real Madrid, Liverpool, dan Manchester United memiliki sejarah yang dan ia merupakan satu-satunya kekurangan City pada ketika ini.