Ramai peminat mengharapkan Manchester United pada musim 2016/2017 dapat memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL). Ini kerana "The Special One" yang mengemudi The Red Devils.
Bukan setakat itu, rekod perpindahan Paul Pogba dari Juventus, kedatangan Zlatan Ibrahimovic serta beberapa bintang ke Man United pasti memberi harapan sebegitu kepada semua peminat mereka -- bukan sahaja di England, malah di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, prestasi yang kurang konsisten dengan mencatatkan 18 menang, 15 seri dan 5 kalah membuatkan antara obkektif ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sukar digapai apabila berakhir di tangga keenam dalam carta liga.
Walaupun jumlah perlawanan yang kalah hanya lima perlawanan berbanding pasukan-pasukan lain yang berada di atas mereka seperti Arsenal yang kalah sembilan perlawanan, Liverpool enam, Manchester City enam serta Chelsea lima perlawanan, aksi tidak konsisten, terutama perlawanan di gelanggang sendiri yang berkesudahan dengan seri, menyebabkan banyak mata tercicir lalu sukar untuk Man United mengejar empat pasukan teratas liga untuk berpeluang ke UCL.
Akan tetapi Mourinho bukanlah seorang jurulatih yang biasa-biasa sahaja. Melihatkan percaturan yang beliau lakukan apabila beliau melihat hanya menerusi Kejuaraan Liga Europa yang akan membolehkan United layak secara automatik ke UCL, beliau melakukan perjudian.
Pelan B adalah muslihat Mourinho.
Saya masih ingat lagi sebelum perlawanan separuh akhir kedua Manchester United menentang Celta Vigo di mana mereka bertemu Arsenal di peringkat Liga Perdana Inggeris. Jika menang menentang Arsenal itu, Man United berpeluang cerah ke tangga kelima dan juga berpeluang memintas Liverpool yang ketika itu berada di tangga kempat.
Apabila menyaksikan perlawanan itu, dalam kesebelasan utama Man United tiada Pogba, Marouane Fellaini, Eric Bailly serta Antonio Valencia, taktik dan strategi yang diterapkan oleh Mourinho juga seperti tidak mahu memenangi perlawanan, sebaliknya seperti inginkan pemain-pemain menyimpan tenaga.
Tidak pergi "all out", hanya bermain "possession football". Melambatkan permainan. Banyak bermain "half court". Tidak seperti kebiasaan dengan bermain pantas, tempo tinggi, corak menyerang berpasukan.
Jadi, jelas dilihat inilah percaturan serta risiko yang diambil dalam Pelan B Mourinho -- beliau ingin pastikan Manchester United bersedia turun menentang Celta Vigo, tiga hari selepas itu dengan barisan terbaik serta semua pemain berada di tahap fizikal maksimum.
Ini dilakukannya walaupun beliau terpaksa melupakan hasrat menamatkan Liga Perdana Inggeris di kedudukan yang lebih tinggi, lebih lebih lagi dengan ketiadaan "target man" dan penjaring utama Manchester United, Ibrahimovic, yang dilanda kecederaan lutut serius.
Berkesan Pelan B Mourinho ini apabila mereka seri 1-1 dengan Celta Vigo, seterusnya layak ke perlawanan akhir dengan kemenangan agregat 2-1.
Dalam perlawanan akhir, Manchester United menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 di Stockholm, Sweden untuk melengkapkan rak kabinet trofi yang telah dimenangi oleh Mancheater United dalam semua Kejohanan yang mereka disertai.
Tetapi yang paling utama adalah Manchester United akan kembali menggegar dalam UCL pada musim 2017/2018 nanti.
Apa yang hanya boleh saya katakan di sini, walaupun aksi kurang konsisiten dalam Liga Perdana Inggeris, tekanan yang begitu tinggi untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah di bahu Mourinho, jelas Pelan B beliau menjadi!