Skip to main content

Rencana

Pecahkan saja benteng dominasi itu

castro-backs-sevilla-to-shock-real-madrid-and-barcelona.jpg

Nama pasukan bola sepak Sevilla FC mungkin tidak asing bagi peminat bola sepak La Liga dan Eropah untuk beberapa musim yang lalu.

Sevilla FC adalah juara bertahan Liga Eropah untuk tiga tahun berturut-turut dan mereka juga berjaya mendapat kedudukan 5 teratas dua kali dalam tiga musim yang terakhir.

Pencapaian Sevilla FC dalam menjuarai Liga Eropah untuk tiga kali berturut-turut mendapat pujian ramai namun kegagalan untuk mereka memecah masuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sentiasa mengecewakan peminat mereka.

Mereka juga masih gagal untuk memecah tempat 4 teratas La Liga, yang sering didominasi oleh Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid.

Pemergian jurulatih Unai Emery menyebabkan pengurusan Sevilla dan peminat mula resah, kerana Emery telah membawa mereka ke Liga Eropah untuk tiga musim berturut-turut.
Namun, kehadiran bekas pengurus Chile, Jorge Sampaoli ternyata memberi impak yang positif terhadap Sevilla apabila mereka bermula musim ini dengan cemerlang sekali.

Hanya tewas sekali dalam 9 perlawanan liga setakat ini, termasuk kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid telah meletakkan Sevilla kini di tempat kedua liga di belakang pendahulu Real Madrid.

Kehadiran Sampaoli telah merubah cara Sevilla dengan menjadi lebih berani untuk menyerang dan tidak hanya sekadar bertahan.

Sampaoli dikatakan membawa semangat “Jangan gentar” atau “Dont be scared” dalam sesi latihan beliau dan ini dapat dilihat di atas padang.

Kehadiran pemain yang lebih 'offensive-minded', seperti Samir Nasri, yang dipinjam dari Manchester City, dan Steven N’Zonzi, yang mula menyerlah di bahagian serangan, juga membantu dalam membentuk falsafah Sampaoli di Sevilla.

Sevilla membawa masuk 12 pemain baru musim ini, dengan membelanjakan lebih dari 50 juta pound dan dengan rekod tanpa kalah di tempat sendiri setakat ini, tidak mustahil bahawa pasukan ini bakal berada di tempat empat teratas musim ini.

Jika mereka berjaya mengekalkan rentak permainan, impian untuk memenangi juara liga, dimana kali terakhir diperolehi pada musim 1945-46, mungkin akan jadi kenyataan.

Atletico Madrid berjaya memecahkan dominasi Real Madrid dan Barcelona beberapa musim yang lalu dan kini Sevilla juga dilihat berjaya melakukan perkara yang sama musim ini.

 

Advertisement

Must Watch Video