Skip to main content

Advertisement

Rencana

Pandai-pandai je cakap je tak boleh

fam.jpg
Satu banyak, dua sedikit-sedikit, tiga kadang-kadang, empat jarang-jarang ...

Teringat pula penulis dengan skrip kegemaran dalam cerita Nujum Pak Belalang lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Terbaru dari kem kebangsaan, Kepulauan Solomon tarik dari dari menyertai Piala Airmarine selepas minggu lalu nyatakan kesudian sertai cabaran 4 negara menggantikan New Zealand.

Alasan yang diberi, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) TIDAK membenarkan mana-mana negara beraksi melebihi 2 perlawanan dalam tempoh kalendar FIFA dibuka.

Sama ada pihak Kepulauan Salomon tidak mahu tonjol kesalahan mereka atau mereka tidak tahu, sebenarnya tiada salah untuk sesebuah pasukan negara mencatur 3 saingan persahabatan bertaraf A selagi ia dalam tempoh kalendar FIFA.

Tetapi ada syarat yang perlu di patuhi. Ia mesti melewati tempoh rehat 48 jam bagi setiap perlawanan.

Kepulauan Salomon gagal penuhi spesifikasi ditetapkan FIFA apabila tempoh rehat 48 jam tidak berlaku merujuk kepada aksi persahabatan ketiga mereka bertemu Taiwan.

Saingan Piala Airmarine melewati dua aksi terakhir pada 23 Mac manakala aksi persahabatan ketiga Kepulauan Salomon dengan Taiwan berlangsung pada 24 Mac yang telah dipersetujui lebih awal.

" Mereka (Kepulauan Salomon) boleh batalkan aksi dengan Taiwan jika mahu beraksi di Piala Airmarine namun mereka tidak berbuat demikian atas dasar sudah berjanji lebih awal dengan Taiwan", Itu penerangan Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalinggam.

"3 aksi persahabatan kelas A dalam satu tempoh yang ditetapkan dalam kalendar FIFA bukan perkara yang salah dan ia boleh dilaksanakan asalkan mendapat persetujuan FIFA".

Hakikatnya pihak Kepulauan Salomon mungkin terlepas pandang syarat tempoh rehat 48 jam yang telah ditetapkan badan induk dunia itu dan perkembangan ini memaksa FAM cari solusi segera untuk sempurnakan penyertaan 4 negara di saingan Piala Airmarine.

Skuad senior Afghanistan calon utama menggantikan Kepulauan Salomon namun sekiranya penyertaan dari pasukan di ranking 147 dunia itu gagal berlaku, pilihan kedua FAM adalah Nepal yang sebenarnya sudah di jadualkan aksi persahabatan dengan Malaysia pada 26 Mac, 3 hari selepas tamat Piala Airmarine.

"Jika perkembangan Afghanistan tidak memihak kepada Malaysia, Nepal adalah calon akhir yang kita ada. Yang pasti FAM perlu segara cari pasukan lain kerana masa kian suntuk".Tegas Timbalan Presidem FAM Datuk Yusof Mahadi

Malaysia juga rangka 3 aksi persahabatan berkelas A dengan dua aksi di Piala Airmarine pada 20 dan 23 Mac selain aksi persahabatan pada 26 Mac yang jelas sekali memenuhi spesifikasi tempoh rehat 48 jam dari FIFA.

Bagaimanapun permohonan aksi persahabatan ketiga yang mahu diangkat menjadi saingan antarabangsa berkelas A masih dalam proses penyediaan dokumen dan belum ada status terbaru setakat ini.

Malaysia perlukan kutipan mata maksimum untuk berada di kelompok 34 terbaik Asia bagi elak aksi play off sebelum di slotkan dalam mana mana kumpulan bagi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

Lebih malang Malaysia ketika ini di ranking 35 Asia dan tugasan utama jurulatih negara negara Tan Cheng Hoe adalah pastikan Malaysia berada di kelompok lebih sempurna dengan syarat perlu cemerlang dalam setiap aksi persahabatan kelas A demi kutipan mata buat Harimau Malaya.

Advertisement

Must Watch Video