Pahang terus dihimpit kekalahan apabila tewas kepada Negeri Sembilan (1-2) dalam saingan Kumpulan A,Piala Malaysia, malam tadi.
Pahang seakan-akan hilang arah apabila jurulatih, Dollah Salleh, digantung selama 18 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah didapati bersalah mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia selepas tewas kepada Felda United FC dalam saingan Liga Super di Jengka.
Apakah moral dan semangat pemain hilang setelah ketiadaan nakhodanya?
Ini perlu dihalusi oleh pihak pengurusan Pahang, mengapa semua ini terjadi.
Dalam keadaan sekarang, semua pihak, terutama pengurusan tertinggi, perlu memainkan peranan untuk memberi sokongan moral kepada pemain-pemain untuk terus beraksi dengan cemerlang kerana sekiranya lambat bertindak, ia akan memberi kesan yang besar kepada pasukan Pahang.
Kualiti pemain-pemain yang ada pada tahun ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Pahang di persada bola sepak tanah air.
Walaupun dikatakan tidak begitu selesa dengan perkara-perkara di luar padang, terutama unsur-unsur sabotaj terhadap pasukan, namun itu tidak boleh dijadikan alasan.
Apa yang lebih penting ketika ini, pemain-pemain Pahang perlu diberikan sokongan tanpa berbelah-bahagi, terutama daripada pengurusan dan peminat-peminat mereka.
Tugas pemain ketika ini begitu mencabar, bukan sahaja mengejar impian mereka mencipta kejayaan tetapi mereka perlu memikirkan masa depan mereka bersama pasukan Pahang.
Memandangkan Liga Super sudah sampai ke penghujung, begitu juga saingan kumpulan Piala Malaysia, saat-saat ini begitu getir kepada pemain untuk memikirkan masa depan mereka.
Hanya kekuatan mental dan fokus kepada persembahan peribadi dan mengikut perancangan jurulatih akan dapat mengekalkan prestasi mereka selain sokongan daripada keluarga, pengurusan dan peminat-peminat Pahang sendiri.
Dalam keadaan begini, janganlah membiarkan pemain-pemain keseorangan menghadapi dugaan ini, sebaliknya seluruh negeri Pahang perlu berada bersama-sama pasukan untuk terus memberi aksi terbaik.
Apakah kita ingin melihat Pahang terkeluar daripada saingan suku akhir Piala Malaysia tahun ini?
Namun, penulis tidak begitu, sebaliknya mahu melihat pasukan Pahang terus mewarnai saingan Piala Malaysia kerana ia akan memberi impak yang berbeza nanti.
Ayuh... kepada peminat-peminat Pahang, teruslah memberi sokongan kepada pemain-pemain untuk memberi persembahan terbaik dan terus mencipta kemenangan.
Kredit imej: FB Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan - Rasmi