"Satu penghormatan untuk berada di negara yang memiliki penyokong fanatik hoki. Saya harap dapat menyaksikannya dengan mata sendiri," kata pengulas antarabangsa, Micheal Absalom.
Saya bangga apabila dunia tahu bahawa Malaysia memiliki kumpulan penyokong terbaik.
Mereka bersorak sepanjang perlawanan, tidak kira apa jua situasi di atas padang.
Soalnya, adakah Absalom berada di tempat yang betul?
"Ini kali pertama saya datang ke Malaysia. Saya pernah menyaksikan suasana itu di laman Facebook dan Youtube. Saya amat teruja," katanya lagi.
Beliau pernah bertugas di kejohanan besar seperti Sukan Olimpik London 2012, Piala Dunia 2014, separuh akhir Liga Dunia Belgium 2015 dan Sukan Olimpik Rio 2016.
Sudah menjelajah banyak negara, tetapi hanya teruja dengan penyokong Malaysia.
Bagaimana perlu saya terangkan?
Malaysia ada beberapa kubu kuat hoki seperti Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh dan Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.
Stadium Hoki Wisma Belia? Saya letak pada ranking ketiga.
Apatah lagi perlawanan pembukaan Malaysia menentang Pakistan akan diadakan pada hari bekerja (Khamis) jam 6.30 petang. Adakah peminat akan datang membanjiri stadium?
Saya terangkan kepadanya situasi itu, namun beliau tetap teruja.
Begitulah hebatnya aura penyokong hoki Malaysia.
Satu dunia tahu negara ini memiliki penyokong fanatik, situasi tidak pernah wujud di tempat lain.
Orang luar datang ke Kuantan, Pahang bukan saja mahu menyaksikan Trofi Juara-Juara Asia tetapi merasai suasana sebenar perlawanan hoki.
Jadi orang Pahang, anda bukan saja penyokong Malaysia tetapi mewakili imej hoki negara ini.
Mohon jangan bikin malu!