10.18 saat! Itulah catatan pelari muda dari Melaka, Khairul Hafiz Jantan, dalam final acara riben biru di temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak. Lebih mendukacitakan pemegang rekod sebelum ini, Watson Nyambek, apabila lakaran kejayaan sensasi ini tercetus di Bumi Kenyalang, tanah tumpahnya darah ' The Flying Dayak' - Watson
Catatan Khairul Hafiz bukan saja jauh di depan 10:30s yang dicipta Watson tetapi juga jauh mengatasi catatan masa bantuan angin Badrul Hisham Abdul Manap di Brunei tahun lalu.
Ia dianggap pencapaian di luar dugaan ketika ramai yang masih memperkatakan kegagalan Khairul Hafiz melepasi separuh akhir di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Poland, baru-baru ini.
Itulah sikap segelintir peminat sukan negara, yang meletakkan harapan terlalu tinggi. Ada yang melontarkan pendapat bahawa kegagalan pelari muda ini di Poland lalu bakal memberi impak untuknya menemui kegagalan di Sukma.
Gagal di Poland bukan bermakna, dia akan terus diganggu emosi sekaligus lesu ke penghujung penamat. Tetapi kegagalan di Poland serta kesempatan bersaing dengan pelari hebat dari seluruh dunialah yang telah mencetus kejayaan di SUKMA Sarawak.
Mungkin juga kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dr. Mohd Khairi Zawi mengenai kemerosotan prestasi Khairul Hafiz dan Badrul Hisham selepas berakhir Kejohanan Olahraga Remaja Dunia - membakar jiwanya untuk berjaya.
Kini Khairul Hafiz boleh berbangga - bukan setahun dua tetapi mungkin lebih lama daripada apa yang dinikmati Watson Nyambek!
Pada yang mencemuh - padan muka! aku dah pecah rekod!
Gambar: Laman web rasmi Sukma Sarawak 2016