Skip to main content

Advertisement

Rencana

Padah bila kurang aksi kompetitif

malaysia_2.jpg
Riak muka Bojan Hodak sudah cukup untuk menggambarkan perasaannya sebaik peluang untuk pastikan slot ke separuh akhir lebih awal dalam Piala AFF bawah 19 Tahun tidak berlaku seperti dirancang.

Sebagai pilihan di atas kertas, Malaysia sebaliknya terpaksa bertungkus lumus untuk cari gol penyamaan selepas jaringan pembukaan di hasilkan pihak Timor Leste terlebih dahulu.

"Ini lah kebimbangan yang saya suarakan sebaik bermulanya kem latihan di Wisma FAM.

"Bagus mereka kini berada dalam skuad utama pasukan masing masing di kelab dan persatuan negeri, tetapi apabila berada di dalam kem kebangsaan, mereka nampak sukar," kata Hodak.

Apa yang di maksudkan Hodak melibatkan kurangnya aksi kompetitif pemainnya dalam saingan liga selepas mereka kini bersama skuad senior masing-masing.

Hal itu mengurangkan lagi ketajaman pemain negara di penyudah terakhir di hadapan gawang pihak lawan selain kecergasan yang kurang memuaskan.

"Saya tidak mahu lagi ambil risiko, mahu tidak mahu kemenangan adalah perkara utama dalam aksi pada Selasa menentang Myanmar," ujar Hodak.

Mungkin perubahan mampu menukar wajah skuad negara menjelang aksi dengan Myanmar di Gelora Delta Siduarja nanti.

"Pertukaran beberapa pemain sedang bermain dalam fikiran saya sebaik pengadil perlawanan meniup wisel penamat yang membawa maksud kita seladar seri dengan mereka (Timor Leste)," tambah Hodak di akhir temubual.
 

Advertisement

Must Watch Video