Nama OneXox TKKR Racing boleh dianggap baru dan masih hijau dalam lapangan sukan permotoran tempatan.
Namun untuk musim 2018, mereka membelanjakan RM 3 Juta untuk menakluk bukan sahaja saingan Cub Prix, tapi memasang impian muncul pencabar terkuat dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
Antara langkah berani mati yang diambil pasukan ini adalah mengambil 10 pelumba bernaung di bawah mereka, dan harus diingat nama-nama yang dibawa masuk bukan sekadar tangkap muat sebaliknya mempunyai reputasi tersendiri baik di peringkat tempatan mahupun Asia.
Antara yang menarik perhatian adalah kelibat bekas pelumba moto3 negara, Amirul Hafiq Azmi yang disunting bagi membantu OneXox TKKR Racing dalam saingan Asia.
Selepas episod kecederaan patah tulang rusuk pada 2015 yang hampir memadamkan kariernya sebagai pelumba, Hafiq kini kelihatan bersemangat apabila bakal menjadi sandaran dalam kategori perdana, Supersport 600cc dalam kancah ARRC. Selain Hafiq, dia akan ditemani lagi seorang lagi pelumba Muhammad Muzakkir Mohamed.
"Saya agak kecewa dengan nasib saya dulu, tapi kini saya bakal membuat penampilan dalam pentas Asia, ia ibarat menghidupkan kembali karier saya sebagai pelumba motosikal profesional".
Namun Hafiq diletakkan sasaran yang tinggi oleh prinsipal pasukan, Bobby Farid Shamsuddin apabila mahukan pelumba berusia 22 tahun itu menamatkan saingan di tempat ke 5 keseluruhan.
Harus diingat ini merupakan penampilan pertama pasukan ini dalam saingan tertinggi di peringkat Asia.
Seorang lagi pelumba yang disunting OneXoX TKKR Racing adalah Ahmad Fazli Sham Walat yang sebelum ini bersama Yamaha Maju Motor.
Fazli punyai dua tugasan bersama pasukan, dalam saingan tempatan Cub Prix, dia akan bersaing dalam kategori perdana CP 150 manakala di pentas Asia ARRC, Fazli bakal membuat penampilan semula setelah senyap semusim dan bakal berikan cabaran dalam kategori Underbone 150cc.
"Saya memang menantikan saat ini, kerana bagi saya saingan di pentas Asia adalah yang paling mencabar, dan saya tak sabar nak buktikkan kemampuan saya bersama pasukan baru" ujar pelumba yang berasal dari Taiping, Perak ini.
Pasukan ini turut dimantapkan lagi dengan pelantikan Alizan Tambi bekas juara Cub Prix sebagai Pengurus Pasukan untuk saingan Cub Prix serta Syed Ahmad Nizam Syed Ahmad Pengurus Pasukan bagi ARRC. Mereka cukup berpengalaman dalam arena permotoran negara bagi menempuh cabaran yang sangat kompetitif.
Untuk sebuah pasukan kerdil yang baru ditubuhkan pada 2016, mereka mahu mencipta sejarah, bukan sahaja menjadi pasukan persendirian pertama beraksi dalam saingan perdana Supersport 600cc ARRC, namun mahu buktikan tenaga tempatan yang menjadi pendokong belakang tadbir mampu membentuk jentera mantap mengegar Asia.