Skip to main content

Sukan Lain

Aksi dramatik tutup tirai Crank Boulder 2026!

Aksi dramatik tutup tirai Crank Boulder 2026!

Final Crank Boulder 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh dramatik di Camp Five Eco City, disaksikan sokongan padu penonton tempatan yang membanjiri venue.

Dalam kategori lelaki, atlet Indonesia, Muhammad Rizky Syahrafli Simatupang, membuktikan dominasi apabila muncul juara dengan dua ‘top’ yang membezakan dia daripada pencabar lain.

Advertisement

Rakan senegaranya, Radiant Ramadhan dan Muh Firdaus, turut menyerlah apabila berjaya melakukan ‘flash’ pada boulder kedua.

Wakil Malaysia tidak kurang hebatnya apabila Ayman Firas dan Dzulkram Alzam memberikan cabaran sengit.

Ayman memulakan aksi dengan cemerlang menerusi satu ‘top’ di laluan pertama sebelum menamatkan saingan di tempat keempat, manakala Dzulkram turut mencatat satu ‘top’ di boulder kedua.

Dalam kategori wanita, Leyna Singh, muncul juara hasil persembahan konsisten sepanjang final. Dia diikuti Joelle Cheah di tempat kedua dan Ibni Balqis di tempat ketiga.

Bintang muda negara berusia 15 tahun, Jasmine Toh, turut mencuri tumpuan apabila menamatkan saingan di tempat keempat -- hanya selangkah di luar podium.

Sepanjang tiga hari berlangsung, kejohanan ini memperlihatkan peningkatan ketara standard sukan memanjat di rantau Asia Tenggara, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai platform penting buat atlet muda dan elit untuk terus berkembang di pentas serantau.

Topik Berkaitan

Must Watch Video