Tamat sudah saingan Piala Thomas dan Uber 2026 tetapi ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan buat petugas media selepas hampir seminggu berkampung di Horsens, Denmark.
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, dan jurukamera, Shahir Othman, turut dilaporkan mewakili negara dalam Journalist Cup sebaik kejohanan utama itu menutup tirai.
Advertisement
Journalist Cup buat julung kalinya diadakan dengan membawa konsep santai bertujuan untuk merapatkan hubungan dan sesi berkenalan sesama petugas media selepas mengerah kudrat memberikan laporan terbaik sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Dengarnya Faizal membawa semangat Lee Zii Jia ketika beraksi dalam suasana yang dikatakannya mirip Piala Thomas.