Skip to main content

Sukan Lain

SCORE Marathon 2026 kembali lebih gah, sasar cipta rekod Malaysia

SCORE Marathon 2026 kembali lebih gah, sasar cipta rekod Malaysia

Acara larian tahunan yang dinanti-nantikan, Score Marathon AIA Vitality 2026, kembali dengan skala lebih besar apabila menghimpunkan kira-kira 50,000 peserta -- sekali gus menjadikannya antara acara larian paling berprestij di negara ini.

Edisi kali ini bakal mewarnai Putrajaya selama dua hari, bermula 18 Julai dengan acara 5 kilometer dan 10 kilometer, sebelum diteruskan dengan kategori 21 kilometer serta 42 kilometer pada 19 Julai.

Advertisement

Susulan sambutan luar biasa, penganjur telah membuka tambahan 300 slot penyertaan dan dalam masa sama membida pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai acara maraton terbesar di Malaysia.

Lebih menarik, acara ini turut menyaksikan penyertaan istimewa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, yang dijangka mengambil bahagian dalam kategori 21 kilometer.

Penganjuran berskala besar ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama penganjuran acara sukan massa di rantau ini.

Topik Berkaitan

Must Watch Video