Selesai sudah penulis membuat liputan aksi persahabatan antarabangsa Singapura-Malaysia pada 7 Oktober lalu yang berakhir dengan seri tanpa jaringan.
Bagi peminat yang menyaksikan perlawanan itu, sudah pasti walaupun pahit kita perlu akui Singapura lebih mendominasi bahagian tengah.
Perbezaan ketara dengan barisan negara ialah Singapura mempunyai pemain tengah efektif iaitu Izzdin Shafiq Yakub.
Pemain Tampines Rovers ini memainkan peranan cukup penting sebagai pemain tengah bertahan dengan menyekat segala gerakan tengah negara dan memudahkan Harris Harun serta Safuan Baharuddin mengawal bahagian tengah.
Ia berbeza dengan skuad negara, yang meletakkan Baddrol Bakhtiar di posisi itu dan walaupun pemain Kedah itu mengerah segala kudrat sepanjang perlawanan, ia bukan posisi asalnya.
Baddrol lebih berkesan jika dia mampu beraksi selaku perancang utama bahagian tengah atau pemain tengah menyerang.
Kerana itu, pengendali negara Datuk Ong Kim Swee kini perlu segera memastikan pemain sesuai selaku "pemain nombor 6" sebelum saingan Piala Suzuki AFF bulan depan.
Jika berlandaskan senarai terkini pemain negara, Kim Swee mempunyai pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Abdul Latif Suhaimi dan Shahrul Saad yang mampu bermain di posisi itu.
Secara peribadi, penulis berharap Abdul Latif diberi peluang berdepan Singapura namun sebaliknya Irfan Fazail mengisi posisi selaku perancang dan Baddrol selaku pemain tengah bertahan.
Memang benar lebih mudah buat pengamal media dan peminat melontarkan cadangan berbanding Kim Swee yang perlu memikirkan segala kemungkinan sebelum memberi kepercayaan kepada seseorang pemain mengisi tugas di posisi yang penting.
Namun, suka atau tidak Kim Swee perlu segera mengatasi masalah ketiadaan "pemain nombor 6" ini.
Apa pun, terdapat beberapa aspek positif kelihatan ketika aksi berdepan Singapura tempoh hari.
Antaranya ialah aspek kecergasan tonggak pertahanan Shahrom Kalam yang membuktikan dia sudah sedia beraksi apabila masuk pada babak kedua perlawanan selepas dua bulan tidak beraksi kerana kecederaan lutut.
Pogram latihan kecergasan khas yang dirangka Kim Swee buat penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha juga tampak berkesan selepas pemain Terengganu itu memberi impak selepas masuk di babak kedua.
Begitu juga dengan kelibat Zaquan Adha Abdul Radzak selaku sayap kanan pada babak kedua perlawanan berdepan Singapura.
Tiga pemain ini mampu memberi ramuan tambahan buat Kim Swee dan penulis berharap, aksi persahabatan dengan Afghanistan 11 Oktober ini mampu menjelmakan aksi lebih meyakinkan.