Suasana lucu menyelubungi Majlis Penyerahan Api Obor Sukan Sea Filipina 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, diberi penghormatan untuk memindahkan api daripada obor Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 kepada bekas khas yang dibawa wakil Jawatankuasa Penganjuran Sukan Sea Filipina (PHISGOC).
Apa yang mencuri tumpuan, pemindahan itu tidak berjalan lancar. Percubaan pertama, api daripada batang pencucuh Norza padam.
Begitu juga dengan percubaan kedua dan ketiga.
Keadaan menjadi kekok sebelum pengacara majlis menjemput semua pegawai di atas pentas bergambar.
Bekas khas kemudian dibawa turun untuk diperiksa.
Selesai bergambar, bekas terbabit dibawa naik semula dengan keadaan sudah dinyalakan api.
Majlis berjalan lancar dan wakil PHISGOC pulang ke hotel penginapan.
Sebelum meninggalkan majlis, saya berjenaka dengan beberapa pegawai sukan negara.
Rata-rata ketawa tetapi ada juga yang menganggap ia petanda tidak baik. Saya fikir, ia cuma masalah teknikal.
Namun, terfikir juga mengenai cabaran yang bakal dihadapi sepanjang liputan temasya, bulan depan.
Tumpuan akan terarah untuk fokus terhadap kontinjen negara seramai 1060 atlet dan pegawai. Moga semua berjalan lancar dan mereka pulang dengan kejayaan.
Soal obor tidak menyala, mungkin PHISGOC sudah belajar daripada insiden di Bukit Jalil. Itu baru cabaran kecil.
Cabaran sebenar menanti sepanjang temasya 30 November-11 Disember ini.
Adakah Filipina akan jadi penganjur terbaik? Ikuti Nadi Arena