Perkara merisaukan di Brazil ketika ini adalah virus Zika yang dibawa oleh nyamuk aedes sehingga sebelum kunjungan ke Brazil, penulis terpaksa melewati beberapa prosedur penting seperti suntikan vaksin demam kuning.
Tetapi mungkin ramai yang tidak sedar, ada nyamuk dari Malaysia lebih berbisa dan berjaya menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia selain mencuri tumpuan penyokong dari pelbagai negara, terutama di Stadium Olimpik, Rio de Janeiro.
“'Go nyamuk gooo, laju lagi lariiii”.
Itu sorakan daripada atlit Paralimpik tatkala menyaksikan larian emas 100 meter Mohamad Ridzuan Puzi yang berakhir dengan berita gembira buat kontinjen negara dan seluruh rakyat Malaysia pada awal pagi Ahad lalu.
“Siapa nyamuk?” sumpah penulis tertanya-tanya ketika itu.
Selepas diselidik, gelaran nyamuk itu merujuk kepada kelibat Ridzuan Puzi a.k.a. Dikwan yang sememangnya digelar “nyamuk” dalam kalangan rakan-rakannya.
Bagaimanapun, 'trademark' Dikwan sebelum memulakan larian pantasnya adalah gaya seekor harimau yang sedang mencakar mangsa.
Dan anak jati Perlis itu tidak pernah gagal mendapat tepukan gemuruh di Stadium Olimpik, terutama apabila melihat telatah spontan Ridzuan di atas trek.
Suka penulis kongsikan di sini, kelibat Dikwan amat disenangi rata-rata penyokong di Stadium Olimpik.
Dia ibarat 'superstar' yang sering diberikan perhatian bukan sahaja bagi acara 100meter T36, malah juga lompat jauh T36.
Tak kisahlah. Nyamuk atau harimau, Dikwan inilah yang membawa pulang emas Paralimpik pertama buat negara.
Dikwan inilah yang membuatkan jutaan rakyat Malaysia mengalirkan air mata kerana terharu dengan kejayaannya.
Dikwan inilah yang merupakan insan istimewa, yang membuktikan sukan mampu untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia.
Besar sungguh kejayaan Dikwan!