Skip to main content

Rencana

Nidzam Adzha bukan nakhoda picisan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

240517-nidzam-adzha.jpg
360 minit, satu piala. Nidzam Adzha Yusoff sememangnya jurulatih yang bertuah apabila tidak perlu menunggu masa yang lama untuk merasai nikmat kejuaraan.

Ini susulan kejayaan skuad Lang Merah merangkul gelaran Piala FA selepas menewaskan Pahang 3-2 dalam aksi final yang berlangsung penuh dramatik di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Final Piala FA merupakan perlawanan keempat Nidzam sejak mula memangku jawatan pengendali utama pasukan pada 29 April iaitu sehari sebelum pertemuan separuh akhir pertama Piala FA bertemu Terengganu. 

Nasib atau sebaliknya, Nidzam tetap perlu diangkat sebagai wira Kedah kerana hakikatnya trofi kejuaraan berjaya dibawa pulang ke bumi Darul Aman selepas kali terakhir pada 2008.

Ia juga gelaran ketiga skuad Hijau Kuning dalam tempoh dua musim selepas meraih Piala Malaysia tahun lalu dan Piala Sumbangsih awal tahun ini.

Sebagai hadiah 'juara', jurulatih berusia 49 tahun kelahiran Taiping Perak itu dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan tempat Tan Cheng Hoe yang kembali menyertai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan.

Namun, timbul persoalan apakah Nidzam menjadi 'mangsa' perlantikan kerana faktor bajet? Jika benar, penulis berasakan ia adalah tidak wajar dan tidak adil untuk bekas tonggak Kedah itu kerana Kedah bukanlah pasukan kerdil tetapi sebuah pasukan elit.

Janganlah anggap Nidzam sebagai jurulatih picisan walaupun beliau tidak pernah membimbing pasukan-pasukan gergasi sebelum ini. Nidzam wajar diberi keistimewaan setimpal berdasarkan kedudukannya kini.

Apatah lagi, beliau juga banyak berjasa dengan pasukan ini ketika kariernya sebagai pemain.

Berdasarkan pemerhatian penulis, kunci utama kejayaan Kedah baru-baru ini adalah pemain bermain untuk jurulatih. Jika ia mahu dikekalkan adalah lebik baik Nidzam dijaga dengan baik.

Nidzam akan berdepan ujian sebenar selaku jurulatih iaitu saingan Piala Malaysia tidak lama lagi. Tatkala Kedah sudah memenangi dua gelaran dan layak ke Piala AFC musim depan, ranjau menanti buat Nidzam untuk melunaskan misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.

Semoga maju jaya buat Nidzam Adzha!

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video