RENCANA
Nicol sedikit terganggu
Pemergian rakan karib dan pakar terapi, Ronald Fauvel memberi impak emosional dan mental kepada ratu skuasy negara, Nicol David.
Nicol tewas kesemua perlawanan kumpulan B di Final Siri Dunia Dubai 2017 yang berlangsung pada 6 hingga 10 Jun.
Juara pada edisi 2012 dan 2013, Nicol tewas kepada Laura Massaro, Nour El Sherbini dan Sarah Jane Perry.
Iklan
Fokus merupakan elemen penting bagi atlet elit untuk memberi persembahan terbaik dalam gelanggang dan jelas Nicol mengalami kesukaran kali ini.
Ronald sepatutnya berada disamping Nicol di Dubai namun pakar terapi berpengalaman ini meninggal dunia pada 31 Mei 2017 akibat komplikasi pernafasan.
Ronald berasal dari Kanada mula berkhidmat di Institut Sukan Negara pada 1995, telah membantu Nicol dan mengiringinya ke kejohanan lebih dari 20 tahun.
Pemergian Ronald amat dirasai oleh juara dunia 8 kali dari Pulau Pinang yang masih berjuang di sirkit antarabangsa sebagai pemain nombor 6 dunia kini.
Seperti kehilangan seorang abang kandung, Nicol masih berkabung dan amat sedih.
Nicol yang telah melakar sejarah menjadi pemain skuasy wanita pertama berada di ranking nombor 1 dunia lebih dari 9 tahun, bergelut di Dubai untuk menerapkan pukulan konsisten dalam gelanggang terutamanya dalam situasi tertekan. Di samping itu, reaksi kepada pukulan mengelirukan lebih perlahan dari hari-hari biasa.
Walaubagaimanapun, tidak sesekali Nicol kelihatan membuang perlawanan. Pemain berusia 33 tahun negara ini memberi segala-galanya yang dia mampu.
Namun, Nicol juga seorang manusia biasa.
Dia terganggu kerana pemergian Ronald Fauvel.
Masa akan membantu Nicol kembali dengan lebih bertenaga.
Must-Watch Video