'Greatest Of All Time' (GOAT) membawa Nicol David ke status luar biasa.
Ini merupakan pengiktirafan tertinggi atlet dan lebih membanggakan buat kali pertama dinobatkan kepada atlet Malaysia.
Pada 1 September 2018, Professional Squash Association (PSA) mengumumkan juara dunia 8 kali Nicol dan legenda skuasy Jahangir Khan
dari Pakistan, dipilih sebagai pemenang GOAT oleh peminat sukan seluruh dunia.
Nicol yang baharu sahaja rangkul emas perseorangan wanita dan gangsa berpasukan wanita di Sukan Asia Indonesia, amat bangga dan terharu menerima anugerah ini sebagai rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ini hadiah kepada negara sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia 16 September nanti.
Penampilan terakhirnya di Sukan Asia dengan 7 pingat emas dalam 6 edisi meletakkan Nicol sebagai atlet terbaik Malaysia.
Menjadi inspirasi kepada golongan muda Malaysia, Nicol yang berkecimpung dalam sukan skuasy sejak berumur 7 tahun telah mendominasi dunia skuasy sebagai pemain nombor 1 wanita dunia lebih dari 9 tahun serta menjuarai 81 kejohanan PSA juga 5 kejuaraan Terbuka British.
Amsterdam, Belanda dijadikan pangkalan selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga kini. Nicol baharu menyambut hari jadi ke-35nya pada 26 Ogos, masih optimis dalam mencipta lebih banyak kejayaan.
Hari-hari dipenghujung karier sebagai pemain profesional skuasy semakin hampir, juga prestasi terumbang-ambing membawanya ke ranking 9 di dunia.
Namun buat Nicol setiap saat perjuangan mengharumkan nama negara amat berbaloi dan akan diteruskan sehinggalah dia akur perlu bersara.
Buat masa ini GOAT akan dijadikan pemangkin semangat Nicol melakukan apa yang terbaik, iaitu mengibarkan jalur gemilang.