Siapa peminat Selangor yang tidak kenal dengan Amri Yahyah. 374 penampilan dengan 118 gol selama 12 tahun menabur bakti bersama pasukan Merah Kuning.
Semua piala, sama ada Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia berjaya diraihnya bersama The Red Giants. Paling diingati tentunya gol emas 'golden boy' dalam final Piala Malaysia 2002 sewaktu bertemu Sabah yang sekaligus membawa naik nama Amri.
Di JDT pula, walaupun hanya berkesempatan beraksi selama lebih kurang tiga tahun, namun dia berjaya meraih kejuaraan hatrik Liga Super, selain pingat juara Piala AFC pada 2015 manakala di peringkat antarabangsa pula, Wak Am lebih diingati dengan gol cantik menewaskan Edwin Van Der Sar sewaktu perlawanan skuad pilihan Malaysia bertemu Manchester United pada 2009.
Namun realitinya, itu hanya tinggal sejarah. Amri kini mewakili Melaka United yang terjerumus ke kancah bawahan Liga Super, dengan hanya dua kemenangan daripada sembilan perlawanan.
Rekod peribadi Amri pernah tercalar teruk sewaktu Malaysia dibelasah Emiriah Arab Bersatu (UAE) 10-0, dan pastinya turut tercalar apabila baru-baru ini Melaka United dibelasah 7-0. Itu mungkin menjadi salah satu sejarah hitam dalam diari bola sepak Wak Am yang penuh warna-warni.
Terkini, khabar angin hebat mengatakan Amri akan kembali ke pasukan gergasi Lembah Klang apabila jendela perpindahan dibuka pertengahan liga nanti.
Pasti ramai yang teruja dengan kembalinya salah seorang legenda, namun pasti ada juga peminat yang melihatnya dari sudut berbeza.
Ada segelintir peminat yang berasakan tiada keperluan buat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk kembali menagih khidmat Amri.
Bukanlah mereka menidakkan kemampuan orang lama tetapi mungkin ada keputusan yang lebih baik mampu dilakukan oleh pucuk pimpinan FAS yang baru.
Jika benar mahu mencari penyerang tempatan, mungkin P. Maniam boleh mencari pemain prolifik ataupun individu yang mampu melengkapkan pasukan untuk mengharungi baki perlawanan hingga ke penghujung musim.
Lagipun, satu Malaya dah tahu Amri tu orang Selangor, pergi pasukan mana pun , dia tetap berdarah Selangor.
Ada pula sekelompok peminat yang masih percaya bahawa Amri mampu membawa tuah kepada pasukan kesayangan mereka.
Biarpun sudah menjangkau usia 36 tahun, namun stamina dan keupayaan Amri dikatakan masih lagi mampu bersaing dengan tenaga muda.
Paling penting, kata mereka, pengalaman yang dimiliki Wak Am amatlah berharga bagi membimbing pemain muda yang kini rata-ratanya beraksi buat Selangor.
Memetik kata-kata sewaktu kopi-kopi bersama seorang legenda Selangor yang memakai jersi nombor 7 suatu masa dahulu, “Kalau Amri main JDT ke, Kedah ke, lepas tu dia tawarkan diri untuk bermain bersama kita, bolehlah kita terima, ini kalau pasukan dia wakili pun dah terperosok, lepas tu baru nak cari kita, buat apa?”.
Ada yang mahukan Amri kembali ke Selangor, dan ada juga yang sebaliknya. Terpulang kepada pendapat masing-masing kerana selaku peminat, anda mempunyai hak untuk bersuara.
Jadi, nak Wak Am balik ke tak ni?