Skip to main content

Rencana

Nak salahkan siapa lagi?

mourinho-expects-ibrahimovic-to-be-united-phenomenon.jpg
Bila tugasan selaku pengurus pasukan Manchester United diserahkan daripada Sir Alex Ferguson kepada David Moyes, ramai yang mempunyai tanda tanya. Akhirnya tanda tanya itu diterjemahkan kepada kempen yang penuh kekecewaan, dan diakhiri dengan pemecatan.

Kerusi panas itu kemudiannya diserahkan pula kepada Louis Van Gaal, dengan harapan yang tertanam di dalam hati penyokong: “The Red Devils are back.”

Namun sekali lagi, kempen United di bawah Van Gaal – seperti yang kerap kali dijadikan bahan lawak di laman media sosial hanya sekadar Van Gagal.

Pedih dan sakit buat penyokong yang saban hari dahagakan kegemilangan, naik bingit mendengar kata- kata penyokong pasukan lain yang sentiasa melemparkan kata-kata sinis jika ada saja peluang disajikan.

Alahai Manchester United, kenapa kau buat aku begini, keluh si penyokong.

Bermula pula musim 2016/2017, kini di bawah jeneral baru; The Special One, the arrogant one, the one who is supposed to bring back our glory days – Jose Mourinho.

Sepanjang menyaksikan karier Mourinho sebagai pengurus pasukan, saya akui, I was always in awe. He was someone that I loved to hate. I loved hating his tacticals, I loved hating his strategies. Park the bus they said, but he always wins….until the end of his Chelsea days of course. Tapi saya sentiasa percaya masih ada lagi sentuhan magis yang ada dalam diri Mourinho that can turn something great.

Itulah yang membuatkan saya punya harapan begitu tinggi apabila dia diberikan tanggungjawab mengendalikan Manchester United.

Furthermore, beliau salah seorang daripada pengurus EPL yang membuatkan saya ternanti-nantikan post-match interview. Ditambahkan pula dengan kehadiran bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic….

I was ecstatic!

Tapi….

Tujuh perlawanan dan 13 mata kemudian, sedarkah anda bahawa Manchester United di bawah jagaan Mourinho adalah tiga mata di belakang United di bawah jagaan Van Gaal musim lepas?

Jangan lupa – kita ada Pogba, kita ada Ibrahimovic, kita masih ada Rooney, Martial dan Rashford.

Benteng terakhir kita masih lagi penjaga gol terbaik di dunia David De Gea.

Tapi kenapa kedudukan kita masih tidak menggugat pasukan lain yang sudah bermusim mentertawakan kejatuhan sebuah pasukan bernama Manchester United?

In the “wise” words of wannabe President Donald Trump, ‘Make America Great Again’, bila agaknya kita boleh ‘Make Manchester United Great Again’?

Advertisement

Must Watch Video