Bukanlah Jose Mourinho namanya kalau bukan celupar dan memiliki sekeping hati yang merenggut-renggut untuk menyelar sama ada rakan mahupun lawan.
Pertikaman lidahnya, khususnya dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger, sudah pun menjadi asam garam hingga menjadi penglipur lara dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak jurulatih berbangsa Portugis itu kali pertama membimbing Chelsea pada musim 2004-5.
Sejurus kejayaannya mengembalikan Manchester United ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim depan – sesetengah orang menganggapnya kemasukan dari pintu belakang melalui tiket menjuarai Liga Europa – Jose tidak pun berlengah untuk menyindir rakan-rakan sejawatannya dalam EPL.
Selepas United menundukkan Ajax Amsterdam 2-0 dalam final Liga Europa di Friends Arena, Stockholm, Rabu lalu, Mourinho segera mengingatkan bahawa mereka kini kembali ke saingan utama Eropah dengan cara yang menjadi pilihan mereka sendiri – dengan mengelak perebutan menduduki kelompok empat teratas dalam liga.
“Kami mencapai objektif kami dan kami kini akan kembali ke UCL dengan memenangi satu kejuaraan penting.
“Kami yang memilih untuk layak ke UCL dengan cara ini berbanding menduduki tangga keempat, ketiga atau kedua dalam liga,” hujahnya.
Itu bukanlah sindiran yang lembut terhadap Tottenham, Manchester City dan Liverpool, yang masing-masing mengisi tangga kedua hingga keempat dalam liga, tambah-tambah lagi terhadap Wenger yang Arsenal kendaliannya menduduki tangga kelima, satu takuk di atas United tapi tercicir buat kali pertama dalam menyertai kelompok elit Eropah.
Apabila keadaan nampak suram buat United dalam persaingan liga, Mourinho melakukan perjudian besar dengan memfokuskan pasukannya untuk menjuarai Liga Europa dan pada masa yang sama, mengabaikan baki perlawanan dalam liga yang tidak lagi bermakna apa-apa buatnya.
Ia satu risiko besar, sebenarnya. Andai United tewas dalam final Liga Europa dan tangga keenam dalam liga pastinya mengetepikan mereka ke saingan Liga Juara-Juara musim depan, Jose pastinya akan diselar oleh penyokong United sendiri – tapi bukannya dia tidak menyedari kemungkinan itu.
Perjudiannya itu membuahkan hasil dan ia harus memeranjatkan jika Mourinho tidak mendabik dada mengenainya.
Dengan tambahan satu lagi trofi di dalam almari pamer United – sudah tiga trofi musim ini sebagai tambahan kepada Perisai Kominiti dan Piala EFL – tidak syak lagi dia sudah meraih sesuatu, dan tidak perlu tercari-cari alasan untuk menyindir pesaing-pesaingnya.
Perlawanan akhir Liga Europa di Stockholm itu tidak terkecuali mengundang kritikan apabila United ditakrif membosankan, dengan ketua pasukan Ajax, Davy Klaassen, mendakwa United hanya menunggu untuk bermain hantaran jauh dan berkampung di kawasan sendiri.
Apakah jawapan Mourinho?
Pengurus United itu menegaskan taktik mereka sekali lagi membuahkan hasil untuk yang lebih penting, menjulang trofi – biar apapun yang dikatakan oleh orang lain yang iri hati.
"Kami sentiasa yakin untuk memenangi Liga Europa dan kami begitu gembira," ujar Mourinho kepada BT Sport."Kami bermain dengan bijak, kami melakukannya dengan selesa. Kami lebih kuat berbanding mereka.”
Kata-kata perpisahannya sungguh menusuk hati: “Ada ramai penyair dalam bola sepak tetapi penyair tidak memenangi banyak gelaran.”