Apakah langkah berikutnya buat Jose Mourinho?
Legenda Arsenal, Martin Keown, percaya Manchester United tidak boleh diketepikan sebagai antara pencabar kejuaraan dalam Liga Juara-Juara musim depan hanya bersandarkan kepada karisma dan sikap pragmatik Mourinho.
Red Devils meraikan kejayaan menjuarai Liga Europa menentang Ajax minggu ini, yang bermakna mereka meraih hak untuk bersaing di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim depan di sebalik gagal mengisi kelompok empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dalam pada United dianggap mengharungi kempen kurang meyakinkan dalam liga domestik musim ini, Keown berasakan pengalaman Mourinho dalam Liga Juara-Juara bermakna dia mampu mengemudi kelabnya untuk mengungguli saingan antarabangsa itu.
Namun, ia memerlukan kerja keras di kelab berkenaan untuk meningkatkan prestasi selepas satu siri persembahan hambar sepanjang musim 2016-17 yang menyaksikan mereka banyak keciciran mata dengan keputusan seri yang tidak sepatutnya di gelanggang sendiri.
“Kita tidak harus merendah-rendahkan mereka – kita tidak harus lupa Mourinho telah menjuarai kejohanan ini dua kali,” kata Keown seperti dipetik oleh akhbar Daily Mail.
“Satu-satunya pembabitan Mourinho dalam Liga Juara-Juara tahun ini adalah menerusi satu iklan, jadi saya pasti dia akan menyasarkan untuk mengambil peranan lebih aktif dalam kejohanan itu.
“Tapi banyak yang perlu mereka perbaiki dalam Liga Perdana sebelum kita boleh menganggap mereka sebagai antara pencabar kejuaraan dalam Liga Juara-Juara.”
United menang 17 perlawanan dalam Liga Perdana musim ini – kurang 13 daripada Chelsea yang memperbaharui rekod jumlah kemenangan selaku juara.
Namun, apa yang boleh disimpulkan daripada kejayaan United menjuarai Liga Europa ialah ia mengukuhkan keyakinan Mourinho terhadap keupayaannya sendiri di samping membenarkan dia menyalakan semula api kejayaan silam.
“Mourinho telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi. Namun, kejayaannya memimpin United menjuarai Liga Europa telah mengurangkan sedikit tekanan ke atasnya selain menyerlahkan Mourinho adalah seorang pemenang yang telah terbukti,” kata Keown lagi.
Di samping itu, Mourinho memiliki sesuatu yang tidak banyak dimiliki pengurus lain – dia bukan sekadar mampu mengerah yang terbaik daripada pemain-pemainnya, malah boleh membuat mereka sanggup bermati-matian untuknya.
Salah seorang daripada mereka, Marouane Fellaini, adalah antara yang mendakwa sanggup mematahkan tulang-temulangnya untuk Mourinho sambil pemain antarabangsa Belgium itu mengharapkan untuk kekal di Old Trafford bagi mengharungi cabaran musim depan.
Fellaini, yang didatangkan ke Old Trafford oleh David Moyes, sudah kerap menjadi sasaran cemuhan penyokong United sepanjang empat musimnya menyarung jersi Red Devils.
Dalam pada itu, Moyes, penggantinya, Louis van Gaal, dan disusuli Mourinho, kesemuanya melihat pemain berambut sarang tempua itu mempuyai peranan penting dalam perancangan mereka, dengan pemain bernilai £27.5 juta itu ketika ditandatangani pada 2013 itu turut menyumbangkan jaringan-jaringan penting musim ini.
“Apabila saya berasa diri saya dipercayai, saya bersedia untuk melakukan apa saja,” kata pemain berusia 29 tahun itu yang membuat 47 penampilan dalam semua pertandingan musim ini, termasuk persembahan terpuji dalam final Liga Europa, Rabu lalu.
“Jika saya perlu mematahkan kaki saya untuk dia (Mourinho), saya akan lakukannya. Itulah saya. Sekalipun dalam kesakitan, saya terus bermain.
“Sementelah saya kini masih bersama Manchester United, saya mahu kekal,” tambahnya.
Bayangkan andai Mourinho memiliki 11 Fellaini dalam kesebelasannya dalam setiap perlawanan musim depan, hanya langit yang menjadi sempadan terhadap apa yang mampu digapai Red Devils.