Sukai dia atau benci dia, anda tidak boleh menafikan Jose Mourinho tahu apa yang dilakukannya bersama Manchester United.
Dengan dua trofi utama – Jose mendakwanya sebagai tiga dengan mengambil kira Perisai Komuniti pada awal musim – Mourinho telah meletakkan batu asas kepada satu lagi perebutan kejuaraan pada musim baru 2017-18, Ogos depan.
Buat musim ini, tugasnya sudah selesai. Selepas salah satu musim paling mencabar dalam pengurusan bola sepak, Mourinho menutup buku dalam musim sulungnya selaku pengurus Manchester United – antara kerusi terpanas dalam dunia bola sepak.
Selepas apa yang diharunginya, harus ramai yang mahu melihat dia tersungkur gagal tetapi kesudahannya mencemburui pencapaiannya.
Di bawah deretan pengurus sebelumnya, United belum pernah memenangi Liga Europa – trofi utama terakhir yang tersisih daripada mereka.
Kini, kejayaan terbaru bukan saja menyaksikan Mourinho dan barisan pemainnya menjulang trofi berkenaan di Stockholm, awal pagi Khamis lalu, malah berpeluang pula melakukan perhitungan dengan sama ada Real Madrid atau Juventus dalam perebutan Piala Super Eropah.
Semua itu, bagaimanapun, tidak akan berlaku jika Mourinho tidak memberanikan diri mengubah fokusnya daripada saingan Liga Perdana – bukan lagi dianggap keutamaan dan tidak akan memberikan apa-apa ketika itu -- kepada Liga Europa.
Hanya tiga hari selepas mengesahkan kemaraan ke final di Stockholm itu, Unied berdepan kunjungan ke Tottenham, dengan perebutan bagi kelompok empat teratas masih terbuka tetapi jelas sekali fokus Mourinho bukan lagi kepada saingan domestik.
Jika ada pun, Mourinho menyifatkan kekalahan 3-1 di White Hart Lane itu sebagai penting untuk mempersiapkan pemain-pemainnya bagi baki perlawanan musim ini, yang lebih terarah kepada final berdepan Ajax.
“Pemain-pemain yang mmerlukan rehat, mendapat rehat mereka,” katanya. “Dan kami bermain dengan cara positif, terutama dalam separuh masa kedua, apabila kami membawa masuk lebih sedikit kualiti ke dalam pasukan.”
Apa yang harus dilihat sebagai satu lagi penyudahan mengecewakan pada era pasca Alex Ferguson dalam Liga Perdana diimbangi oleh pandangan Mourinho terhadap bagaimana kelabnya memburu kejayaan.
“Saya tidak tahu mengenai kelab-kelab lain, cara mereka berfikir atau apa yang penting buat mereka,” hujah Mourinho. “Bagi kami, ia lebih penting untuk memenangi gelaran daripada berkesudahan dalam kelompok empat teratas.”
Harus Mauricio Pochettino, Pep Guardiola dan Jurgen Klopp – yang kelab masing-masing mengisi tangga kedua hingga kempat di belakang Chelsea – tidak akan bersetuju dengan pandangan itu berbanding layak ke Liga Juara-Juara menerusi “pintu belakang”.
“Kelab-kelab lain yang berebutkan kelompok empat teratas sebenarnya mahu berada dalam posisi kami,” kata Mourinho sebagai jawapan.
Tambahan selepas kejayaan United awal pagi Khamis lalu, kesimpulan Mourinho ternyata amat pedas.
“Dalam satu musim yang hambar, apabila ada kalanya saya rasakan pasukan saya adalah yang terburuk di dunia, dan saya rasakan saya pengurus terburuk di dunia, kami berjaya memenangi tiga trofi, dan kami mara ke Liga Juara-Juara ihsan memenangi satu trofi, bukannya dengan menduduki tangga ketiga atau keempat.
“Kami juga meraih penghormatan untuk mencabar Piala Super Eropah dengan berdepan pemenang Liga Juara-Juara.”
Bayangkanlah, alangkah membosankan Liga Perdana Inggeris tanpa enigma bernama Jose Mourinho.