Anugerah FIFA The Best berakhir di London pada 25 September dengan satu persoalan, benarkan prestasi atas padang menjadi kunci utama undian berbanding reputasi yang dipegang?
Mungkin ada yang masih keliru, anugerah ini dengan Ballon d’Or yang lebih sinonim untuk pemain terbaik dunia. Ballon d’Or mula diberikan pada 1956 oleh majalah French Football.
Pada 2010-2015, Ballon d’Or memetrai penjanjian dengan FIFA sekaligus pemain terbaik dunia akan dianugerakan FIFA Ballon d’Or.
Namun perjanjian itu ditamatkan pada 2016 dan FIFA kemudiannya mencipta anugerah baru yang dinamakan The Best untuk pemain terbaik dunia.
Bagi 2018, 3 calon terakhir dikeluarkan FIFA dengan nama Lionel Messi ‘tercicir’ dalam senarai. 3 pemain tersebut adalah Luka Modric, Cristiano Ronaldo & Mo Salah.
Messi mula tersenarai sejak 2007 yang pada ketika itu dikenali sebagai FIFA World Player of The Year dan memenanginya sebanyak 5 kali.
Malah sejak 2008, hanya beliau dan Cristiano Ronaldo yang silih berganti memenangi anugerah tersebut, sebelum dominasi itu dipecahkan oleh Modric.
Kecemerlangan Modric merangkul Liga Juara-Juara Eropah bersama Real Madrid dan membawa Croatia ke pentas final Piala Dunia mungkin dianggap pencapaian terbaik pemain ini.
Tetapi, bagaimana dia boleh dipilih sebagai pemenang?
10 panel dilantik oleh FIFA untuk menyenaraikan 10 senarai akhir untuk anugerah The Best.
Antara panel yang telibat termasuklah Ronaldo , Fabio Capello, Kaka dan Lothar Matthaus.
Setelah senarai dikeluarkan, peminat, ketua pasukan dan jurulatih setiap negara serta lebih 200 wakil media akan mengundi 3 pemain dengan pilihan pertama mendapat 5 mata, kedua (3 mata), dan ketiga (1 mata).
Modric memang berhak menang, namun pemilihan Kesebelasan Terbaik Dunia mendapat kritikan ramai.
Walaupun tidak termasuk dalam 3 calon akhir, Messi berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan terbaik Dunia bersama – sama Ronaldo dan Kylian Mbappe di bahagian serangan dengan Mo Salah tiada dalam senarai.
Thibaut Courtois pula diangkat sebagai penjaga gol terbaik dunia, namun tidak tersenarai dalam Kesebelasan Terbaik Dunia, yang dimenangi David De Gea.
Ini kerana penjaga gol terbaik dunia dipilih oleh panel yang dilantik FIFA sementara Kesebelasan Terbaik Dunia dipilih oleh hampir 45 000 pemain professional dibawah FIFPro.
Jurulatih Terbaik dimenangi pengendali Perancis Didier Deschamps yang membawa Les Bleus menjulang Piala Dunia di Russia.
Manakala anugerah gol tercantik FIFA Puskas pula dimenangan oleh Mo Salah dengan 100 % keputusan daripada undian peminat.