RENCANA
Minta gaji setimpal kualiti
Dialah waris untuk mengambil alih tempat legenda seperti Edwin Van der Sar dan Peter Schmeichel.
David de Gea membuktikan keampuhan ketika Manchester United seri tanpa jaringan dengan Sevilla dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) -- mempamerkan persembahan yang cemerlang apabila menampan setiap percubaan Sevilla di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.
Real Madrid menjadi kelab yang mahu mendapatkan khidmat penjaga gol nombor satu skuad kebangsaan Sepanyol itu tetapi dia kekal dengan pendirian untuk terus bersama Manchester United.
Iklan
Berdasarkan laporan thesun.co.uk, De Gea telah meminta gaji sebanyak GBP350,000 (RM1.9 juta) seminggu untuk terus kekal bersama United selepas kedatangan Alexis Sanchez yang dilaporkan meraih sebanyak GBP500,000 (RM2.7 juta) seminggu.
Di atas persembahannya buat United, dilihat sebagai satu-satunya pemain yang bertaraf dunia setiap kali turun beraksi, ia adalah permintaan yang wajar diluluskan oleh pihak lembaga kelab United.
Ketika dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson pada 2011 dari Atletico Madrid bagi menggantikan tempat Van der Sar, De Gea dilihat sebagai salah satu pembelian Ferguson yang tidak menjadi -- gagal mempamerkan aksi cemerlang, kurang keyakinan ketika menjaga gawang dan mudah panik, waktu penjaga gol itu seakan tidak panjang bersama The Red Devils.Ni stats De Gea pagi tadi. The best keeper in the world pic.twitter.com/iw4Lfr6Htr— King Of Manchester (@twtmanutd) February 22, 2018
Musim demi musim, memahami rentak permainan di England serta membentuk dirinya untuk menjadi salah seorang pemain bertaraf dunia, tampanan demi tampanan, namanya mula dinyanyikan oleh peminat di Old Trafford.
He's big, he's brave, he's Spanish Dave,
He makes great saves, he never shaves,
He's flying through the air, come and have a shot if you dare!
Berdasarkan persembahan yang ditonjolkan oleh De Gea, United tidak mungkin terus kekal selaku pencabar saingan utama dalam saingan domestik mahupun di pentas Eropah -- kegagalan pasukan untuk menghasilkan jentera serangan yang efektif untuk dibandingkan dengan Manchester City, Liverpool, Paris Saint-Germain dan Real Madrid, menyaksikan De Gea menjaga gawang United amat mengujakan.
Memberikan gaji yang telah diminta De Gea adalah satu perkara yang harus dilakukan United untuk terus mengekalkannya di England. De Gea adalah penggantikan terbaik Van der Sar yang satu ketika dahulu cukup ampuh buat United.
"Come and have a shot if you dare!...
Must-Watch Video