Apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memulakan saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada 15 Ogos 2020, ia sudah memberi sinar kembali kepada industri bola sepak negara.
Setelah Liga-M ditangguhkan pada 16 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19 yang menular dengan pantas itu telah mengejutkan ramai pihak sehingga memaksa MFL menghentikan liga mengikut arahan yang dikeluarkan MKN.
Ia bagaikan kejutan kepada industri bola sepak Malaysia kerana buat pertama kalinya aktiviti bola sepak ini dihentikan dan mengakibatkan ramai pihak hilang pendapatan termasuklah pasukan-pasukan dalam saingan Liga Malaysia apabila hilang sumber pendapatan kerana ada penaja yang terpaksa menarik diri dan sebagainya.
Tetapi kini ia kembali hidup semula bermula pada 15 Jun 2020 apabila MKN membenarkan setiap pasukan boleh melakukan latihan (fasa 1), namun tidak membenarkan kontak latihan dilakukan dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Pada 10 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) sekali lagi mengumumkan setiap pasukan dalam sukan bola sepak boleh melakukan latihan secara normal iaitu secara kontak (Fasa 2) bermula pada hari ini (15 Julai 2020).
Sudah tentulah dengan pengumuman itu memberi kelegaan kepada setiap jurulatih pasukan untuk merancang program latihan yang lebih tersusun mengikut masa yang ada sebelum liga dimulakan oleh MFL sebagaimana mengikut jadual yang digubal berdasarkan format baru MFL dan dijangkakan pada 1/2 September 2020 tetapi masih lagi belum dimutamadkan.

Posted by Malaysian Football League on Wednesday, July 8, 2020
Tetapi kini ia kembali hidup semula bermula pada 15 Jun 2020 apabila MKN membenarkan setiap pasukan boleh melakukan latihan (fasa 1), namun tidak membenarkan kontak latihan dilakukan dan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Pada 10 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) sekali lagi mengumumkan setiap pasukan dalam sukan bola sepak boleh melakukan latihan secara normal iaitu secara kontak (Fasa 2) bermula pada hari ini (15 Julai 2020).
HIGHLIGHTS 2020 LS4 KEDAH LWN SELANGORSOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER 2020 - LS4 Pasukan Kedah mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan Selangor di laman sendiri malam tadi. Kedah meledak gol pembukaan pada minit ke-26 menerusi sepakan Renan Alves dan Kpah Sherman menambah jaringan pada minit ke-45. #ForwardFootball #BangkitSemangatBola #CIMBLigaSuper2020
Posted by Malaysian Football League on Sunday, March 15, 2020