Pada malam yang menyaksikan dua pemain terbaik dunia berhadapan di pihak berlawanan, hanya ada seorang pemenang – Lionel Messi.
Tidak mata yang lebam dan patah sebatang gigi gara-gara disiku Marcelo dalam separuh masa pertama sekalipun mampu menghalang malam gemilang Messi di Santiago Bernabeu untuk Barcelona meraih kemenangan dramatik 3-2 dalam El Clasico, awal pagi tadi.
Sebaliknya, Cristiano Ronaldo – yang mensesiakan beberapa peluang terhidang dan kelihatan berang dengan rakan sepasukan sepanjang perlawanan – yang ditinggalkan untuk menjilat luka kekalahan.
Messi menyumbat golnya ke-500 untuk Barcelona daripda umpanan Jordi Alba pada minit ke-92 dalam kemenangan yang melonjakkan Barca ke tangga teratas LaLiga – sama jumlah mata dengan Madrid yang berbaki lebih satu perlawanan.
Kedua-dua pasukan terikat dengan 75 mata. Andai jumlah mata dan perbezaan jaringan turut terikat pada penghujung musim, Barca yang akan diisytihar juara berdasarkan keputusan lebih baik ketika bertemu sesama sendiri sepanjang liga musim ini.
“Dia adalah pemain terbaik dalam sejarah,” kata pengurus, Luis Enrique, yang tidak menurunkan Neymar kerana enggan mengambil risiko terhadap status penggantungan tiga perlawanannya yang masih dipertikaikan.
“Messi yang memberikan segala perbezaan,” tambahnya di sebalik segala kerja kotor pasukan lawan untuk memperlahankan mahupun melumpuhkan pergerakan bintang Argentina itu.
Segala cakap-cakap mengenai Messi, Luis Suarez dan Neymar enggan bercakap mahupun bertentang mata dengan Enrique sebelum perlawanan, tidak lagi bermakna. Kemenangan terbaru ini menjadi pengubatnya.
Dan ia memerlukan satu lagi keajaiban daripada Messi – penjaring terbanyak dalam El Clasico dengan 16 gol, mengatasi 14 gol yang dihasilkan Alfredo Di Stefano.
“Kehebatan Leo tidak berhenti-henti memeranjatkan kami,” hujah kapten Barcelona, Andres Iniesta.
“Dia satu penghormatan buat kami dan satu rahmat buat kelab. Kami semua perlu berseiring dengannya untuk berpeluang menjulang kejuaraan,” tambahnya.
Messi telah menjaringkan 14 gol dalam 10 perlawanan terakhirnya dan mendahului senarai penjaring LaLiga dengan sejumlah 31 gol – tujuh mengatasi rakan sepasukan, Luis Suarez – dan Ronaldo dengan 19. Keseluruhannya, Leo telah menyumbat 47 gol untuk Barcelona dalam 46 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.
Betapa bola sepak menyukai seorang pemenang.
Daripada dikecam dan dipersendakan ketika Barca tersingkir dalam suku akhir Liga Juara-Juara kepada Juventus, 19 April lalu, Messi kini kembali menjadi sanjungan.
Penghormatan terbesar harus menantinya andai kelab Catalan itu ditabalkan juara dalam perlawanan penutup musim di Nou Camp menentang Eibar pada 21 Mei nanti.