Ketika Kejohanan Grand Prix Formula Satu dibawa ke Sepang untuk kali pertama pada Oktober 1999, Malaysia masih bergelut menangani krisis ekonomi.
Sambil banyak pihak menyambut baik kehadiran bintang-bintang seperti Michael Schumacher dan Mika Hakkinen dalam menjana industri kejuruteraan, pelancongan, pemasaran serta satu bentuk promosi terbaik untuk negara, ada pula yang menganggap ia satu pembaziran.
Namun GP F1 Malaysia yang sulung dianjurkan di saat rakyat negara optimis dan diselubungi keyakinan tinggi susulan kejayaan penganjuran Sukan Komanwel 1998.
Penulis tidak terbabit pada edisi pertama di Sepang pada penghujung 1999, sebaliknya The Malay Mail menugaskan tiga serangkai Chan Wai Kong, Husin Rahman dan Fariq Rahman membuat liputan dari pelbagai sudut – penonton, perlumbaan, penyiaran, pelumba dan tentunya keluarga mereka.
Yang menariknya, penulis masih ingat bagaimana Michael Schumacher dan Eddie Irvine, dua pelumba Ferrari, menguji Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan membawa wakil media memecut mengelilingi litar baharu itu.
Ia berlaku enam bulan sebelum perlumbaan di Sepang dan Fariq dijemput menaiki kereta F50 yang dipandu Irvine yang baru sahaja memenangi perlumbaan GP Australia minggu sebelumnya.
“Bagi saya yang biasa memandu Proton Wira, menaiki Ferrari F50 dengan Irvine tidak akan dilupakan. Bermula dari gear satu sehingga kelajuan mencecah 280km/j ketika melalui selekoh membuatkan saya serik,” kata Fariq.
Fariq tidak lupa saat menemani Irvine menghabiskan satu pusingan dalam masa 1 minit 37 saat.
“Semua rasa macam nak gugur, jantung, kaki, tangan, badan…otak pula menggelegak,” kata Fariq mengenang semula pengalaman itu.
Sebagai antara wakil media yang kerap membuat liputan F1 setiap tahun, Fariq agak sedih apabila Sepang menjadi hos buat kali terakhir Ahad lalu.
“Saya datang untuk menyaksikan perlumbaan terakhir F1 di Sepang, sambil menaja beberapa kawan-kawan yang tidak pernah menonton perlumbaan ini,” katanya.
Bagi wartawan yang mengikuti perkembangan sukan permotoran dari 90-an, Fariq percaya SIC tidak akan menjadi projek gajah putih.
Selain perlumbaan seperti Kejohanan Lumba Motorsikal Grand Prix Dunia atau ringkasnya MotoGP, Superbike, perlumbaan endurance, 12 jam dan Siri Malaysia, SIC menganjurkan perlumbaan basikal dan go-kart serta paintball.
“Namun tentunya saya dan ribuan peminat tegar F1 akan merindui bau tayar dan bunyi enjin berderum mesin empat roda,” katanya.