Pejam celik-pejam celik, acara mingguan kedua WWE iaitu Smackdown Live akan bersiaran buat kali ke 1000 pada minggu ini. Tanpa menoleh ke belakang lagi, acara ini terus kukuh menyajikan aksi-aksi terbaik bintang di jenama itu, menjadikan ia rancangan TV bersiri kedua paling lama menghiasi rangkaian televisyen Amerika Syarikat, dengan WWE Raw menduduki tangga pertama selepas bersiaran sejak tahun 1993.
Acara sulung Smackdown mula dipancarkan pada 29 April 1999. Mengambil sempena cogan kata yang sering digunakan bintang paling popular The Rock ketika itu, “Lay the smackdown”, ia menjadi medan tempur kedua buat bintang WWE menyelesaikan segala sengketa mereka yang tidak sempat dihabiskan ketika acara Raw.

Di samping itu, kemeriahan perang rating Monday Night War di antara WWE dengan WCW (World Championship Wrestling) yang masih hangat turut memberi inspirasi kepada Vince McMahon untuk menerbitkan acara ini. Setelah rancangan Raw terbitannya setiap malam Isnin terpaksa berhadapan dengan Monday Nitro sehingga menyaksikan mereka tewas selama 84 minggu berturut-turut akibat dominasi gagasan NWO (New World Order) pimpinan Hulk Hogan dan Eric Bischoff, Vince mula bangkit daripada kegagalan dengan menampilkan bintang-bintang muda yang lebih segar dan berkarisma.
Setelah Raw mula menampakkan pertambahan penonton setiap minggu, Vince memulangkan paku buah keras kepada WCW. Smackdown bersiaran setiap Khamis bagi menyaingi program mingguan kedua WCW iaitu Thunder, dan formula ini ternyata memberi kesan yang tidak diingini kepada pesaingnya itu.
Tambahan pula, acara Smackdown yang diterajui oleh The Rock itu masih mengekalkan bintang-bintang terkemuka WWE waktu itu seperti Mankind, Kane, De-Generation X, Stone Cold Steve Austin, Triple H dan ramai lagi. Berbanding acara Thunder yang lebih banyak menampilkan bintang-bintang kelas kedua seperti Disco Inferno dan Norman Smiley, tanpa kehadiran bintang utama seperti Kevin Nash, Scott Hall, Goldberg, Lex Luger Hogan dan sebagainya.

Pasca pembelian WCW oleh WWE pada Mac 2001, berlaku lambakan bintang di WWE dan tidak memungkinkan pihak pengurusan untuk menggunakan mereka secara optimum. Justeru, setahun kemudian, kesemua bintang WWE dipecahkan kepada dua jenama iaitu Raw dan Smackdown. Bukan itu sahaja, kejuaraan juga turut diwujudkan khusus bagi jenama masing-masing dengan Raw mempertaruhkan Kejuaraan Heavyweight Dunia sebagai hadiah utama manakala Smackdown pula meletakkan Kejuaraan WWE sebagai rebutan.
Seakan mengimbau semula nostalgia perang di antara WWE dan WCW, Raw dan Smackdown turut bersaing sesama sendiri dengan menampilkan pihak autoriti, pengulas dan bintang yang berbeza. Para WWE Universe pastinya masih merasakan keterujaan setiap kali bintang-bintang Raw dan Smackdown ini sesekali muncul di jenama pesaing mereka dan beraksi mendepani satu sama lain di acara istimewa seperti di Royal Rumble dan Wrestlemania.
Hampir dua dekad bersiaran, Smackdown telah melahirkan ramai bintang hebat dan ketokohan mereka masih menjadi buah mulut peminat. Lihat saja kepada John Cena. Smackdown telah menjadi tempat pertamanya untuk bertapak dan dari situ, beliau terus mara ke hadapan dengan bergelar bintang paling hangat di era ini dan masih menjadi figura penting di WWE.

Nama-nama lain seperti Rey Mysterio, Eddie Guerrero, The Undertaker, Batista, Edge dan ramai lagi juga begitu sinonim dengan jenama biru ini. Sejak bertahun-tahun, mereka menjadi tulang belakang kepada Smackdown dan ia secara tidak langsung dapat memberikan ruang dan peluang buat mereka untuk menyerlahkan potensi ke tahap tertinggi tanpa perlu bergantung kepada jenama utama di Raw. Dan tradisi ini diteruskan oleh bintang terkini seperti AJ Styles, Becky Lynch, New Day dan lain-lain, meletakkan Smackdown berada di kelasnya yang tersendiri.
Bukan sahaja bintangnya, Smackdown turut menjadi medan buat beberapa bintang WWE menyerlahkan bakat mereka sebagai pentadbir. Bermula dengan Stephanie McMahon sebagai Pengurus Besar jenama Smackdown ketika pemecahan jenama berlaku, ia diikuti oleh beberapa nama hebat lain seperti Paul Heyman, Kurt Angle, balu mendiang Eddie, Vickie Guerrero dan tidak terkecuali Booker T, Daniel Bryan dan Paige untuk mengemudi dan membawa Smackdown ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam konteks peminat di Malaysia pula, Smackdown merupakan acara yang berjaya menaikkan semula minat para peminat gusti tanahair. Setelah beberapa tahun siaran TV tempatan tidak menyiarkan rancangan gusti di kaca TV, peminat mula melekat untuk menyaksikan bintang-bintang gusti generasi baharu setiap minggu. Biarpun siaran telah disunting dari dua jam hanya kepada satu jam dan perlu bersabar dengan iklan serta babak cabar-mencabar yang kadang kala meleret sehingga setengah jam, namun ia tetap berjaya menjadi topik utama perbualan keesokan harinya.
Penulis sendiri bersama rakan-rakan yang masih berada di tingkatan empat ketika itu, akan mengulas semula segala apa yang berlaku ketika siaran Smackdown minggu tersebut sambil menggayakan aksi yang telah ditonton. Maka meloponglah rakan lain yang tidak berpeluang untuk menonton, khususnya yang tinggal di asrama.

Populariti Smackdown semakin memuncak apabila konsol permainan Playstation 1 memperkenalkan permainan video Smackdown di tahun yang sama. Dari situ para peminat tempatan semakin mengenali bintang-bintang WWE dan ia turut menjadi permainan video pilihan utama di arked-arked pusat hiburan keluarga. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, permainan video Smackdown inilah yang menjadi titik mula kebanyakan peminat gusti tempatan dan minat itu terus subur hingga ke hari ini.

Bagi mengembalikan nostalgia WWE Universe, beberapa pengisian menarik telah direncanakan untuk acara WWE Smackdown 1000 minggu ini. Antaranya seperti segmen The Cutting Edge oleh bintang Rated R, Edge. Juga kembalinya bintang bertopeng Rey Mysterio yang akan menentang Juara Amerika Syarikat Shinsuke Nakamura bagi melayakkan diri ke Kejohanan World Cup di acara WWE Crown Jewel awal bulan hadapan. Tidak ketinggalan, kemunculan lagenda seperti The Undertaker dan penampilan semula pasukan Evolution (Triple H, Randy Orton, Batista dan Ric Flair).

Walaupun Smackdown sering dilabelkan sebagai minor league dan kelas B berbanding Raw, namun acara ini masih relevan dan terus diminati. Tanpanya, Raw belum tentu mampu untuk berdiri sendiri dan peminat akan terus mempunyai pilihan untuk mengikuti dua universe yang berbeza setiap minggu.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan acara Smackdown 1000 pada Khamis ini, jam 10.00 malam di saluran Astro Supersport 4.
(Foto: WWE.com)
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWE Network. Saksikan acara pay per view pertama bintang wanita WWE Evolution pada 29 Oktober depan dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,