Floyd Mayweather menunjuk ajar Conor McGregor bagaimana untuk merendah diri apabila mengalahkan pencabar berusia 28 tahun itu dalam pertarungan yang dinanti-nantikan peminat seluruh dunia di T-Mobile Arena, Las Vegas, sebentar tadi.
Kemenangan ke atas juara kategori lightweight UFC itu juga membolehkan Mayweather, 40, mengekalkan rekod bersih 50-0 dalam arena tinju profesional.
McGregor, yang terlebih dahulu mencabar Mayweather, pernah memakai kot dengan tulisan mencarut yang halus sehingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat.
Dalam sesi pra-pertandingan, McGregor sempat berjoget-joget di depan petinju dari Amerika Syarikat itu yang hanya diam berdiri.
Gaya angkuh McGregor dalam gelanggang bermula pada pusingan pertama dan kedua selepas kelihatan agak tidak sabar menghayunkan tumbukan dengan pernah sekali dia meletakkan tangan di belakang, ketika Mayweather memperagakan gaya pentinju sebenar yang sentiasa tenang.
Bagaimanapun, bermula pada pusingan kelima, McGregor mula melangkah ke belakang dan jarang-jarang melakukan tumbukan cedok tetapi Mayweather membalasnya bertalu-talu seperti mahu melepaskan geramnya selama ini.
Selepas itu, karakter ganas dan bongkak McGregor seolah-lah disentap apabila Mayweather tidak henti-henti menumbuk ke arah kepalanya sehingga lembik.
Saya, yang berseorangan menyokong Mayweather di pejabat, tersenyum melihat rakan-rakan lain mula mengendurkan kenyatan masing-masing mengenai kemegahan McGregor.
Pada pusingan ke-10, pengadil terpaksa memberhentikan pertarungan (TKO) ketika McGregor hampir tumbang dan mengumumkan Mayweather sebagai pemenang. Apa yang menariknya, buat kali pertama McGregor melemparkan senyuman.
Sejurus selepas perlawanan itu, bos saya Datuk Hishamuddin Aun yang juga peminat McGregor, sempat membuka pintu bilik kacanya dan memandang ke arah saya bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap persembahan petinju dari Ireland itu.
Kedua-dua atlet itu sebelum ini berunding hampir setahun untuk merealisasikan pertarungan antara mereka, dengan masing-masing mahukan bayaran AS$100 juta (RM426 juta) bagi perlawanan berkenaan.
Bagaimanapun, mereka bersetuju dengan McGregor mendapat AS$30 juta (RM128 juta) sementara Mayweather memperoleh AS$100 juta (RM426 juta) tidak kira kalah atau menang.
Mayweather ialah juara yang belum pernah tewas dalam tinju manakala McGregor juara gabungan seni mempertahan diri (MMA) dan mereka adalah alet termasyhur dalam sukan masing-masing.