Melangkah ke pentas Piala Suzuki AFF buat kali kelima - bukan lagi tentang jaringkan gol dan jadi popular tetapi jaringkan gol dan berasa puas kerana berjaya lunaskan tanggungjawab kepada negara.
Itu pastinya keutamaan salah seorang figura yang paling berpengalaman dalam barisan negara ke kejohanan dwi tahunan ini, Norshahrul Idlan Talaha yang telah meledak 3 gol dalam 2 aksi pertama kempen kali ini.
Penyerang yang lebih mesra disapa sebagai Mat Yo ini membarisi skuad emas 2010 yang mencipta sejarah, membawa pulang kejuaraan buat kali pertama dengan tundukkan musuh tradisi, Indonesia.
Namun selepas itu, 3 lagi penyertaan Mat Yo bersama Harimau Malaya gagal memberikan keputusan yang memuaskan dengan selepas itu namanya sedikit tenggelam.
Ketika mendapat kepercayaan pengendali, Tan Cheng Hoe untuk kempen 2018, Mat Yo dilihat membawa kembali nostalgia lampau semasa mencecah usia 24 tahun dengan pantas menyahut cabaran, memutlakkan langkah kanan Malaysia pada aksi bertemu Kemboja.
Tidak mengejutkan apabila dia sekali lagi diturunkan pada pertemuan dengan Laos, dengan kali ini Mat Yo dilihat lebih bijak meletakkan dirinya di posisi terbaik di hadapan gawang lawan.
Ini termasuklah ketika gol penyamaan dicetak kapten pasukan, Zaquan Adha Abdul Razak dimana Mat Yo juga menanti hantaran lintang yang dilakukan Syahmi Safari itu.
Halangan terbesar menentang Laos adalah kecemerlangan penjaga gol muda mereka, Outthilath Nammakhoth yang menekan Harimau Malaya untuk mencari kemenangan di laman sendiri, walaupun selepas Malaysia membuat beberapa pertukaran pemain.
Namun ia masih belum mampu memadam keghairahan Mat Yo untuk membuktikan kehadirannya bukan biasa-biasa tetapi bersedia untuk menjadi penyelamat dalam apa jua keadaan.
Selepas meledak gol antarabangsa kesepuluh dan kesebelas yang berjaya menghidupkan kembali misi Malaysia meraih 6 mata pertama, apakah skala keghairahan Mat Yo menjaringkan gol semakin meningkat ataupun langkahnya akan dirantai pihak lawan pada aksi lebih sukar menentang Vietnam di Hanoi nanti? Sama-sama kita nantikan aksi ketiga Harimau Malaya 16 November nanti.