Skip to main content

Advertisement

Rencana

Mat Yat balik dulu na...

akhyar-rashid.jpg
Siapa sangka tanggal 11 Julai 2018, pagi di Kota Surabaya dimulakan dengan kepulangan tonggak utama skuad bawah 19 tahun negara, Akhyar Rashid, ke Wisma FAM.

Itu keputusan yang dibuat Jurulatih bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak, selepas mengambil kira risiko yang mungkin dihadapi Akhyar sekiranya kecederaan bahu yang dialami ketika aksi dengan Timor Leste di abaikan.

"Saya tidak boleh tamak, dia penting untuk pasukan lain juga dan keutaman saya sendiri bukan Piala AFF, sebaliknya Kejohanan Piala AFC Bawah 19 Tahun yang akan berlangsung pada Oktober depan. Akhyar perlu cergas sepenuhnya ketika itu," tegas Hodak.

Dihantar pulang bukan bermaksud Akhyar sudah bebas dari kem negara.

Dia perlu lapor diri di Wisma FAM, dan menjalani rawatan lanjut berkaitan kecederaan yang dialami selain perlu melakukan ujian MRI.

"Saya nak bantu Malaysia. Tapi keadaan saya halang niat saya. Siapa tak sedih tengok pasukan sendiri sudah sampai separuh akhir tetapi saya terpaksa balik Malaysia,"  Itu reaksi Akhyar sebaik tamat aksi Malaysia dengan Myanmar pada Selasa.

Hakikatnya kudrat Akhyar bukan hanya terarah kepada skuad bawah 19 tahun, saingan Sukan Asia di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee selain kepentingan skuad senior bersama Ketua Jurulatih Negara Tan Cheng Hoe dalam persediaan menuju Piala AFF hujung tahun ini juga memungkinkan kelibat anak jati Kedah ini.

Tidak mengapalah Akhyar, hanya rugi satu kejohanan. Banyak lagi kejohanan antarabangsa  menanti Akhyar lepas ini.

Semoga Akhyar segera sembuh dan kembali mendapat aksi kompetitif bersama Kedah bagi saingan Liga Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video