Skuad Harimau Malaysia melengkapkan aksi persahabatan antarabangsa bulan ini dengan keputusan seri 1-1 menentang Afghanistan di Stadium Shah Alam, pada Selasa.
Ia keputusan seri berturut-turut skuad negara selepas sekadar seri tanpa jaringan bertemu Singapura di Stadium Nasional Singapura pada 7 Oktober lalu.
Keseluruhannya, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee mempamer sedikit peningkatan selepas dimalukan Indonesia 0-3 di Stadium Manahan, Solo pada 6 September lalu.
Perlawanan menentang Afghanistan boleh dianggap paling memuaskan berbanding aksi dengan Indonesia dan Singapura kerana jaringan berjaya dilakukan menerusi Hadin Azman.
Permainan skuad negara juga 'hidup' menerusi penguasaan bola di bahagian tengah, gerakan ketika melancarkan serangan dan ketenangan pertahanan mengekang asakan lawan.
Namun, situasi itu hanya dapat dilihat pada separuh masa kedua kerana apa yang berlaku pada separuh masa pertama sebelum jaringan penyamaan Hadin cukup menghampakan.
Pemain negara seolah tercari-cari rentak permainan. Ada usaha yang dilakukan tetapi tidak sampai. Ketika itulah penulis terbayangkan kelibat pemain yang umum persaraan Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan S. Kunanlan.
Jika Safiq, mungkin kita dapat lihat banyak pergerakan di bahagian tengah kerana dia seorang pemain yang cukup rajin dan kreatif. Walaupun prestasi seseorang itu turun naik, kelibat Safiq jarang sekali mengecewakan kerana dia juga mampu menghasilkan jaringan.
Bukan mahu menidakkan keupayaan Baddrol Bakhtiar, tetapi Safiq memiliki kelebihan tersendiri dan Baddrol juga ada kekuatan tersendiri.
Kelibat Aidil dan Kunanlan juga masih berbekas di ingatan penulis kerana kedua-duanya memiliki kelebihan masing-masing. Tatkala Aidil tenang mengawal benteng akhir, Kunanlan pula sering menghadirkan rasa gerun pihak lawan menerusi larian pantas.
Namun, mereka sudah umum persaraan, jadi, tiada guna untuk diingatkan kembali dan biarlah jasa jadi kenangan.
Apa pun, pemain menyerlah yang mencuri perhatian penulis kali ini ialah Norshahrul Idlan Talaha, Zaquan Adha Abdul Radzak, Rizal Ghazali dan Hadin tetapi pemain-pemain seperti Darren Lok, Fakrul Aiman Sidid termasuk Irfan Fazail perlu berusaha keras lagi untuk mendapat tempat.
Harapan penulis agar skuad negara meningkatkan momentum pada perlawanan persahabatan terakhir bertemu Papua New Guinea untuk menjelmakan 'magis' pada kejohanan Piala Suzuki AFF, November ini.