Musim 2018-19 merupakan yang paling penting bagi Jose Mourinho, pengurus semasa Manchester United.
Sejak kelab itu gagal meraih sebarang trofi musim lalu dan mengalami pengakhiran yang mengecewakan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), Mourinho berdepan kritikan dan di bawah tekanan dalam usaha memastikan United mempamerkan aksi cemerlang.
Sebilangan penyokong mahu Mourinho dipecat dan musim ini bakal menjadi peluang terakhirnya untuk membuktikan sesuatu dan jika tidak berjaya, penggantinya bakal dibawa masuk.
Selepas tamat saingan Liga Juara-Juara (UCL), terdapat khabar angin yang menyatakan Cristiano Ronaldo bakal meninggalkan Real Madrid tetapi Zinedine Zidane yang mengambil keputusan terlebih dahulu untuk meletakkan jawatan sementara pemain terbaik mereka itu menyertai gergasi Itali, Juventus.
Zidane turut meluahkan keinginannya untuk menikmati cabaran baru dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Zidane turut dikaitkan bakal mengambil alih skuad kebangsaan Perancis jika mereka gagal mencipta kejayaan, dengan Didier Deschamps berjaya menyelamatkan kariernya sekurang-kurangnya hingga Qatar 2022.
United bukan lagi pasukan yang sama ketika di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson. Sejak beliau bersara pada 2013, kelab tersebut gagal menjulang takhta EPL mahupun UCL.
Ketika Mourinho yang memiliki rekod kemenangan yang tinggi tetapi kekurangan bilangan trofi diraih bersama United memberikan kisah yang berbeza dan sejak musim lalu, hubungan Mourinho dengan pemain-pemain tidak menonjolkan sesuatu yang positif.
The Red Devils memerlukan pengendali yang berkaliber.
Senarai kejayaan Zidane dalam tempoh tiga tahun bersama Real melonjakkan namanya sebagai salah seorang pengendali terbaik dunia.
Memenangi 70 peratus daipada 149 perlawanan, pengurus pertama dalam sejarah untuk memenangi tiga gelaran UCL berturut-turut, satu gelaran LaLiga, dua Piala Dunia Kelab FIFA dan satu Copa Del Rey. Pada 2017, dia memenangi anugerah Pengurus Terbaik FIFA.
Selepas Zidane mengambil alih Real, kelab itu mengharungi saat sukar kerana mengalami rentetan kekalahan serta pemain-pemain yang kurang senang dengan situasi pasukan, dan tiada apa yang berada di landasan yang tepat.
Sejurus beliau dilantik sebagai pengurus baru, Zidane tidak membazirkan masa untuk mengubah nasib pasukan dengan memenangi UCL.
Zidane bukan pengurus yang gemar membuang masa dan melakukan perkara yang penting untuk pasukan.
Zidane meletakkan pasukan di landasan yang betul bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, Zidane sentiasa memiliki perancangan. Zidane sentiasa mempercayai pemain-pemain di Real.
Pemain-pemain United perlukan pengurus yang boleh mereka percayai.
(BERSAMBUNG)
-