Kepada Pep Guardiola, kehilangan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) cukup memeritkan.
Terlepas gelaran Pemain Terbaik Tahunan (FOTY) di pihak kelabnya pula, dianggap semacam satu konspirasi untuk menggagalkan Manchester City.
Jumaat lalu, kapten Liverpool, Jordan Henderson dinobatkan pemain terbaik menerusi undian Persatuan Penulis-Penulis Bolasepak (FWA), menenggelami tiga bintang City, Kevin de Bruyne, Sergio Ageuro dan Raheem Sterling dalam senarai akhir 15 pemain yang turut mengandungi empat pemain Liverpool lain – Sadio Mane, Virgil Van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Alisson.
Guardiola, yang pasukannya dikerah berpuas hati dengan gelaran naib juara EPL musim ini, seakan-akan menerima hakikat bahawa pemain-pemainnya tidak akan meraih sebarang gelaran individu musim ini.

Di sebalik berpeluang bagi anugerah berikutnya – Pemain Terbaik Tahunan Pemain Bolasepak Profesional (PFA), Guardiola meluahkan kekecewaannya dengan ungkapan: “Ia juga akan dimenangi seorang pemain Liverpool.”
“Ketika kami menjuarai EPL, anugerah ini dimenangi oleh pemain Liverpool,” katanya kepada BBC Radio Manchester.
Beliau harus merujuk kepada rekod yang memaparkan bahawa pada tahun-tahun yang City menjuarai liga, penyerang Arsenal, Robin van Persie, dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan PFA 2011/12.
Kemudian, Luis Suarez meraihnya pada 2013/14, disusuli dua lagi bintang Liverpool, Mohamed Salah pada 2017/18 dan Van Dijk pada 2018/19 sebagai menyerlahkan hakikat bahawa kata-kata Guardiola itu ada benarnya.
Dalam pada itu, tidak juga dapat dipertikaikan bahawa pemain-pemain berkenaan mendapat pengiktirafan itu berdasarkan sumbangan masing-masing yang menakjubkan pada musim-musim terbabit untuk meraih undi tertinggi.
Sambung Guardiola lagi: “Tentunya apabila Liverpool menjuarai Liga Perdana, saya agak yakin mereka juga akan memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan.
“Anugerah-anugerah ini selalunya adalah untuk Liverpool.”
Namun, seperti disimpulkan oleh laman thisisanfield.com, hakikat bahawa Liverpool terus memenangi segala yang menjadi rebutan menimbulkan rasa sakit hati pasukan-pasukan pesaing dalam liga.
“Henderson menang, semua orang lain menyirap,” kata satu tajuk laman web berkenaan yang mempertahankan kemenangan Henderson sebagai amat bertepatan.
“Anda harus mengakuinya, bukankah? Seorang pemain mengetuai pasukannya menjulang empat trofi dalam tempoh 13 bulan, memimpin mereka menjuarai Liga Perdana serta dinobatkan bagi anugerah FOTY… dan ada orang yang merengek-rengek kerananya!”
Sindir laman thisisanfield.com lagi: “Pep merungut yang pemain City tidak pernah memenanginya. Kalaupun anda fikir pemain lain patut memenanginya, sukarkah untuk menerima bahawa orang lain mungkin berbeza pandangan?
“Hakikatnya anda dah tewas, City. Begitu juga anda, United. Jadikan pasukan-pasukan anda lebih baik dan mungkin di masa depan, anda berpeluang memenanginya,” tambahnya sebagai menutup mulut Guardiola.
Henderson adalah pemain ke-12 Liverpool untuk memenangi anugerah FWA itu sebaris dengan Ian Callaghan, Kevin Keegan, Emlyn Hughes, Kenny Dalglish (dua kali), Terry McDermott, Ian Rush, John Barnes (dua kali), Steve Nicol, Steven Gerrard, Luis Suarez dan Mo Salah.
Malah, harus dia akan mengesahkan firasat Guardiola untuk dinobatkan dengan anugerah PFA pula.